Doa Epi…
Ya Allah
terima kasih kerana telah mempertemukan aku dengan lelaki yg memilih aku sebagai calon teman hidup nya..
terima kasih kerana membuka hati nya untuk mengangkatku menjadi permaisuri nya di dunia…
terima kasih kerana mengizinkan hasrat nya untuk menjadikan aku bidadarinya di syurga..
Ya Allah..
hambaMu ini sedar segala ini hanya pinjaman semata.. begitu juga dengan cintanya…. yg hanya sementara.. cintaMu jua abadi selamanya..
hambamu ini sedar segalanya ini adalah dengan izin dan kehendakMu..
dan hambaMu ini sedar… Doa itu baja utk mahligai impian kami..
tetapi Ya Allah…
kau jadikan lah segala pinjaman Mu ini abadi dalam hati kami..
kau jadikanlah segalanya indah untuk waktu yg kau beri..
Ya Allah..
jika benar aku isteri yg mampu membahagiakan nya..
benarkanlah pernikahan kami..
jika benar aku isteri yg mampu mentaatinya..
tetapkan hati-hati kami utk terus menyayangi..
tetapi seandainya aku adalah isteri yg tidak Kau redhai…
kau bekukanlah hati ini agar tidak ada siapa rasa disakiti..
Ya Allah…
andai dia suami yg dapat menenangkan rumahtangga kami
kau kuatkanlah hati aku sepanjang jln ke pernikahan kami
andai dia suami yg akan aku cari di syurga nanti
Kau berkatilah dan lindungilah cinta kami
Ya Allah..
di saat tidak aku mengenalinya..
hati aku kuat hidup bersendiri
tapi sungguh sunyi hati ini tidak berpenghuni
tetapi Ya Allah..
sejak kau pasangkan aku dengan dia bakal suami ku ini
kau iring bersama kami ujian yg amat menyakiti..
dari itu Ya Allah…ku pohon,
bersama kebahagiaan dan segala macam dugaan ini..
Kau tambahkan lagi rasa tabah di hati-hati kami
agar kami dapat terus bersyukur menjelang pernikahan kami
dan seterusnya … bersama kami mentaati Mu
dgn menjadi ’suami isteri’ yg di Rahmati Ilahi
Ya Allah…
jika benar Aku ini yg telah kau takdirkan untuk Fairos Mohd Kasah…
kau muliakan aku sebagai seorang isteri di mata suami ku nnti..
dan jika benar aku ini bidadari pilihannya…
kuatkan hati aku untuk bersabar dgn kekurangan nya..
dan ajari dia utk berbahagia dgn ‘perempuan ini’ yg telah kau ciptakan buatnya…
Ya Allah…
hembuskan di telinganya… bahwa aku amat2 menyayanginya..
perlihatkan dimata nya… bahwa aku benar2 menantikannya..
Ya Allah…
aku pohon..
jadikan aku isteri solehah kpd suami yg taat kpdMu..
******* Musyuk **********