:: Memburu impian…. :::
Lebih baik aku mulakan blog aku hari ni ngn ayat dr seseorg yg aku anggap mcm kakak ni…
“Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalaNya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalaNya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk akrab dan dekat denganNya”
Erm.. aku tgh kalut gak sekarang ni.. piker byk hal.. walhal org len anggap mudah. Mungkin sbb situaasi aku berbeza.
Berkali bucuk berharap.. aku hold dulu pencarian yg satu itu.. tp, aku berkeras nak mempercepatkan nya. Nak begelar wanita bekerjaya konon. Tamak lagi dgn nak smbung blajar dan berkobar jugak aku ank khabarkan pada semua walimatulurus aku dan my bucuk..
Habis belajar.. belum panas punggung kat rumah.. belum habis rindu mak ayah tgk aku lepak kat umah.. siram taman orked dan layan ujang kucing kesayangan keluarga.. aku bergegas ke KL. Menerima tawaran kerja yg jauh sedang yg di johor aku abaikan. Berkali mak pesan.. dok saje kat johor ni .. dah kwin terpaksa berjauhan lagik.
Hari ni.. keadaan menjadi bukti aku belum bersedia begelar pekerja.
“Alhamdulillah.. akhirnya mama cakap juga macam tu.. lama pa tunggu” itu kata dia.
Dia nak aku jaga keperluan nya sebaik ijab dan kabul bakal disaksi. Hajatnya… nak ada teman disisi bkn ader isteri goyang kaki..
“ma paham kan kerja pa macam mana… kalau leh.. biarlah kita rasa hidup suami isteri dulu..then barulah ma kejar career ma… dan smbung blajar.. pa takkan halang.. dan pa akan sokong material dan spiritual…”
aku sedikit mengeluh.. inikah yg dinamakan pengorbanan utk aku menjadi isteri mithali..
“ jgn risau… keluarga ma.. tggjwb pa…”
“puas aku fikir… mungkin ini lah jawapannya…”
Aku akan duduk rumah baru bln depan… career? Aku hold dulu wat sementara…
So… utk kwn2 yg nak mendirikan umah tangga.. dan conflict dgn career .. jgn risau..
Rezki tu ade dimana-mana… Allah x kan membebani hambaNya kalau kita tak mmpu pikul..
Aku bkn terasa .. tp, aku bkn jenis meminta-minta dr suami.. aku juga ader cita-cita. Tp, sebelom aku pergi lebih jauh dgn cita-cita… biarlah aku tunaikan dulu hajatnya. Menjadi kekasih sejati yg sentiasa disisi biarpun hanya utk suatu permulaan sahaja..
Aku akan buktikan juga nanti… aku mampu berdiri sendri tanpa bertongkatkan harta suami..
Gila-Gila Remaja - Memburu Impian
(Kazar / Faizal Hussin / Kristal)
Ku jejak jalan yang berliku
Membara jiwaku memburu impian
Ku renang lautan gelora
Biarpun tersadai di hujung dunia
Akan ku rempuhi segala rintangan
Biarpun rebah ku bangun sendiri
Akan ku genggam biarpun hitam
Menjadi milikku
Ku mula dengan langkah ini
Menuju sinaran yang abadi