hanya dia…
mungkin Tuhan mahu kita berjumpa dgn yg salah sebelum kite mennemui dgn yg betul. supaya apabila kita akhirnya menemui apa yg kita cari, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn nikmat pemberian dan hikmat disebalik pemberian tersebut. apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup yg lain akan terbuka. tapi lazimnya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu dgn sangat lama. hinggakan kita tak nampak pintu yg telahpun dibukakkan utk kita.
mungkin aku terlalu emo dgn dugaan hidup. aku cakap je rasa tabah tapi dlm hati asek2 nak bersedih. tapi betullah org kata pengalaman ajar kita utk jadi lebih dewasa. tapi kalau tak matang2 jugak.. tak tahu lah!
aku bersyukur kerana akhirnya aku ditemukan dgn sorg lelaki yg amat memahami aku. bukan aku nak kata dia dulu tak memahami aku. tapi mungkin juga dia yg dulu terlalai utk menghargai kewujudan aku. aku harap nanti jugak dia akan paham aper makna sebuah perhubungan.
bagi lelaki.. kerjaya adalah segala-galanya. tanpa kerjaya siapalah sorg lelaki. hanya dgn ungkapan cinta semata, tak menjamin satu kehidupan yg sempurna. tapi bagi sorg wanita disebalik material yg melimpah. dia cuma hanya satu. tempat utk bermanja. mungkin aku pun tak paham "keadaan seorg yg berkerjaya" tapi… kasih sayang dan kerjaya patut selaras. keduanya keperluan hidup. keprluan hati dan fizikali.
aku tak mahu kan seorg lelaki yg kaya atau terlalu berjaya (tapi aklau dah dapat ..itu just bonus). yg aku mahu seorg lelaki yg boleh menjadi ketua. imam pada keluarga. tahu tanggunjawab dan yg paling penting dapat melembutkan hati aku memenuhi tugas sebagai seorg isteri. tak de lelaki yg beriman sekarang… tak de lelaki yg sebenar2 nya jujur.. cukuplah die seorg yg tidak menggoncangkan keadaan yg tenang. dan berkali aku katakan.. aku mahu seorg teman hidup yg penyabar seperti ayahku..
mungkin bucuk bukan cinta aku yg pertama… tapi dialah cinta sejati aku yg amat aku hargai…..