aku tetap aku…
"biar aku menjadi abu dari aku menyala tapi tak bercahaya, biar aku di benci yg penting aku berdiri dimana aku patut berada.tiada ketakutan pada aku kerana aku tahu Allah Maha Mengetahui hati dan gerak lakuku… berkata benar memang menyakitkan dan mengusahakan yg sepatutnya mmg selalu mendapat tentangan, yg penting jadilah DIRI SENDIRI!"
erm.. hari ni aku hampir bertekak ngn member sorang ni. aku rasa dah mmg bertekak pon. tapi Pisah (bukan nama sebenar) asek mengadu yg member lagi sorg ni macam tak nak wat je job yg kita dah setuju nak buat. aku okey je bila depa tak nak present dan pass kat aku tugas presentation tu. aku tak kisah sgt cakap depan public.. esspecially pasal politics.
mlm ni pisah (bukan nama sebenar) dah siapkan job die. fact finder and slide show maker. tinggal si Litah (bukan nama sebenar) seolah-olah amik ringan je ngn tugas die sebagai tukang wat report.report tu kena submit last friday, tp dia tak buat lagi. asek harapkan aku ngn si Pisah carikan bahan. alasan die kad matrix die tak leh wat pinjam buku. tak de ke alternatif lain? aku pon kad matrix kena blaklist sebab tak bayar fine lagi. tapi aku still usaha.. photostate mane yg perlu then pinjam kad matrik member. yg penting aku dptkan sources tu. mlm ni aku dah tahap bengang bila pisah ckp "hal tu". so.. dengan hati panasnya aku sms die..
- wei.. kalau ko tak siapkan report tu by tuesday.. aku bgtau sir ko tak bagi kejersama.. dan aku akan buat report tu. then aku reject ko dr grup!" yup.. mmg tindakan aku tu agak melampau. tapi plsss arr.. aku pon bz. aku amik 7 subject this sem. semua ader assignment dan presentation. tapi aku wat habis baik nak jaga hati member. dan aku terima je bila semua presentation tu aku jadi org pertama dan ade yg aku menjadi satu2 nya presenter. no hal punyer… tapi, apesal dieorg leh wat sambil lewa je ngn job dieorg??
then Litah (bukan nama sebenar) called aku. mengamuk bila aku bagi sms macam tu. mmg die patut mengamuk pon.. lantak arr. aku ngn pisah (bukan nama sebenar pun) dah panas hati.
entahlaa… mak kata aku ni keras kepala. always nak menang. bucuk pun ade kata macam tu. masa 1st time bucuk dtg umah aku, abah citer pasal "kekerasan kepala" aku yg sejak dr kecik nak menang dan tak dgr ckp org. pada aku apa yg aku nak buat tu aku tahu "kenapa".itam yg dah aku ckp.. itamlah jadinya. tapi aku rasa aku dah terlalu baik pada org lain.. dan menyebabkan sikap lebih kurang aku.. wat depa perlekehkan je. aku je yg beriya nak wat kejer tu sungguh2. tapi depa anggap asal siap je. aku "bela"… bila lembut bahasa yg aku guna org tak amik pusing.. ko rasa lah bila kepala aku kuar api.
time main.. aku memang main bebetul. time wat kejer aku tak nak org buat memain. aku nak semua perfect!!