:: The True STORY of STOLEN HEART ::

yesterday… you secretly stole my heart.. Today…. I knew i have found the happiness that i so desire i’m grateful that u chose such a perfect thing to symbolize our perfect love. what is better place than this to share about our love from the first time we met…. Here the story of Bucuk & Musyuk…

jangan ada dusta

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 7:41 pm on Sunday, October 29, 2006

pagi ni berat giler kepala… malam tadi padahal dah tidur awal.. huhuhu. batuk makin teruk..kepala sakit lak.. huhuh… esok dah start first paper. huhuhu..

"dah sampai ke?" msg dr kak ngah.

"baru sampai uia.. tadi org gi shoping baju pengantin.."

"yeke… beli kaler ape?"

"gold… beli untuk laki ngn pompuan sekali… kalau ngah nak sponsor ape2 makesure kaler gold ek.." huhuhuhhuhu.. balik kampung haritu mak ngn abah dah bebising.tak dan aku nak sebut tarikh.. mak dah ckp dulu.

"9hb 12 ni.. " erk..

‘mak org ingat nak wat 31hb ni.. kan esoknye new year..org cuti."

"mak ngn abah dah pilih tarikh tu… kalau tak nak tunggu lagi 5 tahun tunggu abah ngn mak mati… korang buat lah majlis sendrik2.." huhh… abah majuk ke… so, aku ngn my bucuk ikut jerlah…

"pa ..macam ne.. nak nangis je rasanya.. 9hb tu aku baru seminggu naik sem.. huhuhuhu… entahla…

pagi tadi.. dpt mesage die yg dah 5 tahun kot aku tak contact. nasib baik die guna no tu lagik.

"abang ingat lagi semuanyer… yg paling abg ingat za suke mkn ikan keli.. itu yg abg tak leh lupa. " aku senyum sendrik.

"kalau itu keputusan za.. lupakan lah yahya.. abg doa za bahgia ngn yg sekarang.." terharu gak aku… tapi yerlah hati manusia. hari ni dia doa utk kebahagiaan kita.. esok.. die ckp lain pulak.

"pa pun nak bahagia ngn mama… papa yakin mama akan beri kebahagiaan pada papa.. past is past..love u mama.." sms papa.. then die kata nak fly tgh hari ni. aku off hp jap.. then trus kuar gi lunch ngn bawa buku history ni.. huhuhuhu..

whatever…. aku harap Allah beri kami kekuatan….

Jangan Ada Dusta   Broery Marantika & Dewi Yull

Ketika pertama kujumpa denganmu
Bukankah pernah kutanyakan padamu kasih
Takkan kecewakah kau pada diriku
Takkan menyesalkah kau hidup denganku kasih

( 1 )
Memang kau bukan yang pertama bagiku
Pernah satu hati mengisi hidupku dulu
Dan kini semua kau katakan padaku
Jangan ada dusta di antara kita kasih

( korus )
Semua terserah padamu aku begini adanya
Kuhormati keputusanmu, apapun yang akan
Kau katakan, sebelum terlanjur kita jauh
Melangkah, kau katakan saja

beraya… dan berumahtangga….huhuhu

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 2:28 am on Sunday, October 22, 2006

hari ni hari ke 3 kat umah. bosan je.,. yg ader aku and kak ude. yg lain lom balik lagi. huhuhuhuhu… kak ngah raya ke dua baru off maklum lah byk pesakit die kat hospital tu yg lebih memerlukan khidmat die.. huhuhuhu.. kau kat umah dok bantai tidor je.. ngntuk. buku pon tak baca.

jumaat lepas sampai je kota tinggi.. terus gi umah mak mertua dulu.. tapi tak dan nak tidor sana sbb adik bucuk dah ajak balik pontian. tapi aku tak ikut.. mals.. so,, ptg tu bucuk terus hantar aku kat umah. ngn mak die sekali… kot2 raya nanti tak dan nak lepak umah aku. tapi bucuk dah janji.. raya pertama sebelom lalat cari mkn die nak bertandang ke umah aku… huhuhu… raya ni gak kuarge belah laki kak ude nak dtg bincang tarikh kawin depa.. itu yg aku dengar2 la… pastu mak kata "raya ni nak merisik kak yan" utk abg aku yg sorg tu.. mak kata abg nak sambung blajar tgh tahun depan. huhu.. terpaksalah kak yan tunggu 2 tahun lagi.. lepas abg aku tu habis sambung blajar gak. abg aku tu ntah arr..tetiba nak sambung belajar lak.. aku pun insyallah tahun depan kalau ader rezki nak furthere master.. dan bayar kejer utk balas jasa org2 yg pernah menolong aku.. walupun dia kata aku ni manusia tak kenang budi.aku akan buktikan aku ni masih tahu balas jasa.. dan aku akan bayar tiap sen yg pernah aku terima dari dia.. dan satu sen pon aku tak mengungkit ape yg aku dah bagi pada dia.. pada aku..itu semua kenangan "kami". ayat mak yg lagi sedap nak dengar…

"3 tahun ni berturut2 lah dapat menantu… " amin.. insyallah mak.. semoga anak2 mak ni bahgia..dgn suami..isteri dan mertua yg menyayangi kami..dan terima kami apa adanya… muaaarhhhh

selamat ari raya…-kenangan terindah..

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 1:03 am on Thursday, October 19, 2006

erm..semua org dah balik kampung. aku kat uia lagi. tadi pagi lps balik library… aku gi beli kuih utk mak mertua aku tu. hehehehe. hehehehe.. excited giler beli kuih.. tapi beli kuih sikit je sbb malas nak bawa berat-berat balik kampung. dah lah balik kampung ni kena bawa buku banyak.. 31hb aku start final exam.. huhuhuhu.. pastu sederet 4 hari sampai 3hb. semua paper cour.huhuhu.. paling takut paper international law and diplomacy.. rosak..rosak..

beg dah kemas.. ni tinggal tunggu bucuk turun KL. ni tgh on the way dr perak nak ke KL lah ni.. huhuhu.. kalau jadi balik mlm ni, esok stay satu hari satu mlm kat umah mak mertua aku tu.. pastu turn bucuk lak lepak umah aku.. huhuhu.. yer aar.. sekarang ni cuti tak de.. balik kampung sebulan sekali.. huhuhu..

apepun bucuk.. thanx for everything. terima aksih yg tak terhingga.. kerana selalu bersama… huhhhhuhu..

pada dia yg pernah aku panggil "my hero". selamat hari raya gak for u. moga.. abg bahgia..dgn jln yg abg pilih..dan dgn cara abg. semoga Allah melindungi abg sekeluarga. pengorbanan abg pada mak abg hanya Allah sahaja yg mampu memebalasnya. semoga abang lebih tabah… -thanx for the kenangan terindah- tentu abg takkan lupa mlm raya pertama 4 tahun lepas…. itu yg abg harapkan.. hubungan lebih dari sorg sahabat. tapi itu hanya janji….

aku tetap aku…

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 8:30 am on Sunday, October 15, 2006

"biar aku menjadi abu dari aku menyala tapi tak bercahaya, biar aku di benci yg penting aku berdiri dimana aku patut berada.tiada ketakutan pada aku kerana aku tahu Allah Maha Mengetahui hati dan gerak lakuku… berkata benar memang menyakitkan dan mengusahakan yg sepatutnya mmg selalu mendapat tentangan, yg penting jadilah DIRI SENDIRI!"

erm.. hari ni aku hampir bertekak ngn member sorang ni. aku rasa dah mmg bertekak pon. tapi Pisah (bukan nama sebenar) asek mengadu yg member lagi sorg ni macam tak nak wat je job yg kita dah setuju nak buat. aku okey je bila depa tak nak present dan pass kat aku tugas presentation tu. aku tak kisah sgt cakap depan public.. esspecially pasal politics.

mlm ni pisah (bukan nama sebenar) dah siapkan job die. fact finder and slide show maker. tinggal si Litah (bukan nama sebenar) seolah-olah amik ringan je ngn tugas die sebagai tukang wat report.report tu kena submit last friday, tp dia tak buat lagi. asek harapkan aku ngn si Pisah carikan bahan. alasan die kad matrix die tak leh wat pinjam buku. tak de ke alternatif lain? aku pon kad matrix kena blaklist sebab tak bayar fine lagi. tapi aku still usaha.. photostate mane yg perlu then pinjam kad matrik member. yg penting aku dptkan sources tu. mlm ni aku dah tahap bengang bila pisah ckp "hal tu". so.. dengan hati panasnya aku sms die..

- wei.. kalau ko tak siapkan report tu by tuesday.. aku bgtau sir ko tak bagi kejersama.. dan aku akan buat report tu. then aku reject ko dr grup!" yup.. mmg tindakan aku tu agak melampau. tapi plsss arr.. aku pon bz. aku amik 7 subject this sem. semua ader assignment dan presentation. tapi aku wat habis baik nak jaga hati member. dan aku terima je bila semua presentation tu aku jadi org pertama dan ade yg aku menjadi satu2 nya presenter. no hal punyer… tapi, apesal dieorg leh wat sambil lewa je ngn job dieorg??

then Litah (bukan nama sebenar) called aku. mengamuk bila aku bagi sms macam tu. mmg die patut mengamuk pon.. lantak arr. aku ngn pisah (bukan nama sebenar pun) dah panas hati.

entahlaa… mak kata aku ni keras kepala. always nak menang. bucuk pun ade kata macam tu. masa 1st time bucuk dtg umah aku, abah citer pasal "kekerasan kepala" aku yg sejak dr kecik nak menang dan tak dgr ckp org. pada aku apa yg aku nak buat tu aku tahu "kenapa".itam yg dah aku ckp.. itamlah jadinya. tapi aku rasa aku dah terlalu baik pada org lain.. dan menyebabkan sikap lebih kurang aku.. wat depa perlekehkan je. aku je yg beriya nak wat kejer tu sungguh2. tapi depa anggap asal siap je. aku "bela"… bila lembut bahasa yg aku guna org tak amik pusing.. ko rasa lah bila kepala aku kuar api.

time main.. aku memang main bebetul. time wat kejer aku tak nak org buat memain. aku nak semua perfect!!

hati aku panaszz…

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 12:02 am on Saturday, October 14, 2006

hari ni hilang tul kesabaran aku. nasib baik aku dah lama tak bertinju.. kalau tak sah-sah penyek muka dak pompuan tu aku tinju… bengang tul aku! pagi tadi lepas presentation kat bilik DR. aziz aku terus pi library. msg Faridah (bkn nama sebenar) clasmate akus oh dtg sekali. hati aku panas bila kul 12 lebih aku sms kul 1 lebih baru sampai. yer arr.. fact finding report and slide show tu tugas die dan halimah (bukan nama sebenar). dah lah depa soh aku present sengsorg . yer arr most of the student mmg selalu tak nak present. malas nak ckp depan public. so, aku pon setuju je lah.. aku as the only presenter.nak present hari selasa tapi hari ni diorg still tak find resources. padahal Sir Fuzi dah soh amik idea dr thesis die. aku gak pi library cari call number buku then aku pas kat depa. depa still tak amik peduli. leh tidor2 lagi kat bilik. yer arr.. sbb yg nak present. semua soklan yg bertubi2 tu nanti aku gak yg nak kena bidas. dah lah topic pasal Tun Mahathir punyer islamization policies. mesti ade kuar soklan yg pelik2 nanti. so, aku kena prepare bebetul. memandangkan Tun Mahathir pon banyak gak kontrovosy sepanjang pemerintahan beliau. okey fine..

pastu kul 2 lebih aku ngn faridah turun nak photostate thesis tu sbb thesis tak elh pinjam keluar. leh pinjam 2 jam je. kat kedai photostate tu aku ngn pidah dah bebudget mane yg penting je nak photostate. memandangkan kami tgh "kering". dah kira tak lebih dr RM4. tetiba je minah pothostate tu hentam sampai dekat RM5. so.. aku ngn fidah kira balik. kompirm salah kira. then.. aku tanya kt junior wataniah aku yg sorg tu yg keje kat situ… pastu die pass kat dak yg photostate tadi. mianh tu ckp agak keras.. lantak laa.. aku sabar lagi. dah lah wat salah pastu macam nak memarah kiteorg lak. pastu buat keje sambil lewa. before tu diorg dah kena marah ngn sorg minah indon ni sbb dia hanta buku utk copy dr isnin tapi sampai hari ni saturday depa still tak buat.

balik pada citer aku tadi.. minah tu ckp..

"3 inggit lapan.." ha.. tu… sesuka je nak hentam kiteorg sampai dekat RM5. pastu taks ay sorry. wat muka cam hampeh! pastu ckp suara meniggi.layan lah customer ni elok sikit. kalau ko penat kejer tu. tak yah kejer dah! aku dah angin dah…tapi aku diam lagi..yg buat aku bengang tu..dia bagi duit baki tu main campak je..berserakan duit RM1 tu atas meja tu. aku pun ape lagi.. memang mencabar aku dak ni. pastu aku sound..

"campak je ke?"

"ape masalah lagi ni???" perghh.. aku lagi lah angin bila dia tengking aku cenggitu. dah lah die kira salah.. pastu bukan tahu say sorry.. boleh nak tunjuk marah die tolak (macam hempas )tempat duit tu..pastu campak duit aku cenggitu je.. pantang tul aku. pastu berlaku lah perang mulut kat dlm library tu.. lastly aku cakap..

"nak kejer wat cara nak kejer!!! " nasib baik aku dah kat luar.. cuma ade dinding cermin je. nak je aku patah balik tinju muka die. dah lah junior lagi nak kerek!!! nasib baik junior wataniah aku tu diam je.. die sure dah tahu kalau aku angin cam ne. aku ni pantang org wat keje lembap..pastu tak respect senior. baik-baik gak…

tapi mmg aku angin tadi. aper lah salahnya kalau die say sorry. at least kalau berat mulut pon… tak payahlah die tunjukkan kemarahan die ngn campak duit aku camgitu je. ingat aku ni pebenda?? eeee… nasib abik ade fidah.

"aku pun malas nak layan.. kuang ajau.. "pidah terus blah..

entahlaa.. mmg benda tu nampak kecik. tapi kalau kita sebagai customer dilayan cam tu.. sape tak angin. kalau diorg tu banyak kejer time tu takpe.. ni dok nyembang gelak… nak keje ke nak tayang muka?? senang je bahasa aku. those yg tahu aku ni mmg jenis panas baran… tahu arr cam ne.. key arr.. bla…

bukan ku tak sudi..

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 9:15 pm on Thursday, October 12, 2006

all that was a..erm… almost 10 years ago. 8 years actually. until last nite it happened again.. huhuhuhu.. it was a pretty night. the only thing that mattered now was that…

the telephone was ringing.. lagu raya lagi.. huhuhuu

"how are you…"

"never mind how i am, come in at once .. you’ll catch ur death." garang lah pulak aku malam tadi. erm.. sebenarnya mmg aku garang pon.. beware !

"rafeeza…. u’ll never change…"

"excuse me… stop fooling and…"

"fooling what??? … i love u for God’s sake" he added. cross my words…

"its sound funny.. and may be scary.. you disappear for 7 years..erm..8 years i think. then now.. u say that u love me for God SAKE??? " menaympah aku dgr ayat die. rasa geli isi perut aku.

" tapi abang come back in the middle of that 7 bullshit years… dont u remember ? " aku diam.. yup. mmg die ade dtg tapi masa aku ngn pakya.. dan yg aku dgr die dah nak kawin. or may be dah kawin pon.. so nothing to do with him. rasa sakit hati pulak…

" what have u done to me.. i wont have it for second time. ur love, take it back. its very…very.. long story… and past very-very long time ago.. u now i hate my past life very much.. much more than u love me… may be. u know it well right i’ll never turn back.."

"ok je

"i’ll be staying and waiting if its all right with u.."

" that’s what u always say… sorry, i cant and i absolutely reject u… i actulaly belong to sumone already. i hope i can live in peace for now on.."

"who?.. fairos..dak navy tu?" aik.. tahu plak.herm.. bagus lah. dah tahu lagi nak tanya.

" so.. what has he promise u? plans…what?" he asked winningly

"plans? … he did by his own ways… but i dont make plans at my age. i let God make them for me. He is better at them than i am.. isnt He??" dengar die mengeluh..mengeluh or mengejek aku.. whatever..

"what about that pak Ya u are always talking bout?" i kept in silent

"dont be daft.. that was years ago.. i have no intention to remember it anymore."

"za … its time u gave urself a threat"

"are u trying to get rid of me? " he was to remain the same perfect gentlemen who had appeared on his doorstep years ago. had sent me flowers and fruit..and chocolate without properly explaining why he did so. thats why i hate chocolates even my papa bucuk..luv it so much.

-not a soul on earth had i ever called my own except u Rafeeza-

erm.. ayat manis.. nothing! nonsense! tak de nya aku nak percaye.. for me.. Fairos is everything now. supporting him.. and need support from him too..

Bukan Ku Tak Sudi   iklim

Ku anggapkan semalam
Satu kenangan yang suram
Bila cinta kita
Putus di jalan

Ku harapkan impian
Menjadi kenyataan
Namun aku kecewa

( 1 )
Mudahnya waktu melafazkan janji
Engkau dan aku berdua serupa
Rupanya mentari dalam mainan percintaan

Telahpun ku bentangkan segalanya
Mencari entah dimana silapnya
Jelas asmara kecundang jua

Bukan ku tak sudi kasih
Untuk bersamamu bercinta lagi
Kerna antara kita
Tidak sehaluan lagi

Maafkan diriku sayang
Menolak cintamu untuk kali ini
Walaupun ku tahu
Bersungguh benar rasa hatimu

sakit kepala.. uba batuk cap ibu dan anak..leh ker?

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 1:12 am on Thursday, October 12, 2006

hari ni kepala kau sakit giler. pagi tadi pi klas DR. aziz pun macam nak tak nak je. tapi sbb pikirkan presentation, aku gi gak. bangun seingat aku lagi 5 minutes b4 kul 6, then message my bucuk. huhuhuhu… sian ak dpt kejut die lagi.

mlm tadi aku ngn Fath beriya pi LIBRARY.. disamping nak edit aku nye slide show.. Fath ajak aku wat T.E.R. yea.. evaluation utk lecturer kiteorg. tapi tak leh masuk lak. hampeh..then kul 11 kuar lah.. lsp si Fath setelkan hal kad raya ciptaan die tu. ceh!!

balik bilik..kepala aku rasa cam nak meletup je. sakit giler. dah lama rasanya tak kena sakit pale cam ni.. tapi mlm ni die dtg balik. yup! sebab aku dah dlm keadaan serabut.. banyak pulak nak pikir… terutamanya hal exam dan juga hal risik merisik tu.

-tak siap lagi ke pa… tak nak ckp ngn mama ker…-

-tinggal sikit ni..kul 12 abih la.. - kecik hati aku.la ni baru kul 1130. huhuhu..

then kul 12 lebih aku sms lagi. tak pueh hati..

-tak siap lagi ke.. tak pe laa.. ma nak tidur. sakit kepala… gud nite- then kuar lagu raya dari tepon aku tu. -my bucuk on the screen-

"hi mama … musyuk.. musyuk wat pe…." saje je nak wat aku ceria balik. pandai lah tu nak pujuk. malas… majuk sat. tp sebenarnya kepala aku dah tak tahan.. sakit giler nak mampus.. mengalir gak airmata aku.. sakit weyy…

"key lah ma tidur ek… " huhuhuhu… idur gak aku. semoga mai sekejap (tidor) leh hilangkan sakit ni. api sakit lagi sbnarnya.

pagi tadi.. bucuk sms bgtau dia may be nak fly sat lagi. aku send sms tapi tak leh. upanya kedit tinggal kosong. habis lah! pastu terus aku amik semua buku-buku dan fail and handbag aku nak kuar. nak cari public phone. teiba je aku terjatuh,.,aku pun tak tahu cam ne aku leh jatuh. teiba je aku dah terjelepuk.. pastu tgk .. upanya aku pakai selipar jamban lagi. main sarung je. sakit pun tak pe.. aku terus naik balik..balik bilik tukar high heel aku. mane seswai baju kebaya ni nak pakai ngn selipar jamban aku ni.ceh..

peha aku rasa macam melecet je,…tersangku kat bucu tangga. pedih.. ka kelas terasa lak jari kaki aku macam terseliuh.. sakit gak.

"papa… gud luck" dapat gak aku capai public phone tu. jus to wish him gud luck.

"hati-hai ek pa fly tu…. " ade 20 sen lagi. tapi aku dgr bising sgt bunyi helikopter tu.. malas nak ckp. ntah bucuk dgr ke tak aku ckp tadi. then aku letak tepon kaler kuning tu. alaa.. public phone maxis tu.. eh..makis ke hotlink. gitu arr..

pastu my bucuk called balik.. ckp kejap.. pastu aku rush pi kklas.. tapi tak present pon. tak sempat.. mamat america ngn thailand tu present bukan main lama. so, aku punye eam may be next tuesday…

tu je ar… hari ni aku agak heppy sikit , sbb ak de klas Dr. El fatih. so, aku ngn syidah jejalan kat bazar tepi river uia tu. tapi tak beli aper pun… cuci mata je.. okey lah tu…

lunch time.. (time je lunch..aku poser arhh..) aku pi koperasi beli kad raya. tengok lah nanti siapa yg bertuah dpt kad raya ader chop mohor uia tu… huhuhuhu.. save budget. yg pasti macam biase tiap ahun satu kad utk my abah and my mom. tahun ni.. beli satu kad raya lebih utk mak mertua aku.. ceh! bucuk suke aarrr tu…. ye bucuk.. mama dah beli dah kad raya utk mak kita.. huhuhu.. love u bucuk… sayang mak bucuk.. thanx ek bucuk.. sbb mak bucuk pon leh terima mama yg cuma reti masak asam pedas je ni.. caya lah mak bucuk!

key … tata..

aja-aja fighting….

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 10:51 pm on Tuesday, October 10, 2006

erm.. aku nak balik sebenarnya tadi. dah masuk zohor. tetiba je hujan lebat lak. so, aku stay jap la.. dr pagi tadi mud tak berapa nak elok. tengkuk aku sakit. mungkin mlm tadi aku ,main tidur sembarang je. buku tebal ntah berapa kilo tu hempap muka aku. mlm tadi aku rasa kira okey laa..

"daddy.. tak balik lagi ke.. mummy bosan ni"

"lom abih lagi ni… " mlm tadi tgh dok syiok sms ngn bucuk. tetiba je die diam. no reply.

-ma…sorry pa kena gi sekolah ni.. instructor panggil…- huhuhuu.. lama gak aku tunggu. layan buku..majalah..suratkhabar..semua aku layan.

-ma tidor lah dulu.. dah balik nanti papa call- huhuhu.. punye -punya tunggu aku pun tertidor ngn sedapnya. pastu ntah kul berapa bucuk called. ade hal sikit kata die.. dgr macam benda tu die tak berapa nak suke.. tapi nampak die cool je. agaknya malas nak bawa aku ke alam keserabutan die tu. aku pun malas nak tanya kalau die tak citer.takut nanti silap tanya … lain lak jadi.

tadi aku surf blog kapt khairul.. geng2 bucuk yg "terbang-terbang" ni.. angin semacam je. sian kat depa… huhuhuhu. tapi aku harap depa semua dpt go through all this.

" ma.. wat pe.. study..study.. aja-aja fighting!! cayo’!!" huhuhu.. la ni papa pun dah tahu aja-aja fighting. tu lah voice sms yg aku rajin nak hantar kat dier..

"papa…gud luck!!! aja-aja fighting!!" saje bagi die semangat lebih sikit.. huhuhu..

aperpun all the best for u bucuk.. ni algu untuk bucuk…

Perwira    Sharifah Aini

Perwira…
Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi

Perwira…
Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang

( 1 )
Dengarlah lagu kucipta
Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi

Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati

Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwiraku

takkan perigi mencari timba…

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 1:22 am on Tuesday, October 10, 2006

hari ni aku cuti..huhuhuhu.. rasa best sgt. nasib baik cuti nuzul Quran ni hari selasa. hari selasa ngn kamis klas aku dr 830-630 ptg.. percaya tak? break kul 1-2 je.. letih giler. so, hari ni cuti tersangat lah happy. mlm tadi papa pesan kejut die bangun sahur.. tapi oleh sbb aku pon tak bangun sahur..maka tidak lah "terkejut" die oleh aku yg hampeh ni.

bangun solat subuh then tidor balik.. sesedar matahari dah agak tinggi. tapi taklah tinggi sgt. sunyi je bilik. Fath dah tinggal aku. mlm tadi beriya je nak aku teman die pi Ong Tai Kim amik gambar. tak pe.. arr. aku layan tidor lagi.

lps zohor aku ngn Fath pi merayap gi cc. die dok kekecoh ngn die punya kad raya tu. kad raya ciptaan sendirik. ngn aku sekali die bagi.. ceh! ingat lawa lah kad raya ko tu FATH. tapi timer aksih lah ek.. ko lah insan pertama dan mungkin juga satu2 nya manusia yg bagi aku kad raya tahun ni. huhuhuhu..

kuar bilik tadi hujan lebat.. tetiba je hujan. hujan rahmat kot. tapi aku ngn Fath redah gak semata-mata nak pi cc. jln kaki ngn seluar tidor kotak2 aku ni.. ekekekeke.. hentam je.

ni pi bazar pon kena tumpang Fath punye motor memandang kan motor aku cam biasa .. nak beraya kat bengkel. tension aku! nasib baik lah itu lah satu2 nya adiah dr bapak aku masa aku dok sebuk ulang alik nak pi kelas tambahan spm dulu. kalau tidak.. dah lama aku campak amsuk longkang. asek buat hal je.. die punya course nak repair.. kalah harga make up aku. ceh! tapi tak pe lah.. nanti bila  aku dah dpt Honda Jazz nanti aku hantar lah KRISS ijau tu kat muzeum. kalau muzeum tak nak aku bagi kat zoo. ehehehhee..

ptg ni aku agak "panasz" sikit.. tension ngn sorg mamat ni. ade ke dia sebarkan cerita yg aku ni cuba mengorat die.. ceh! tak de nya aku ni nak jadi perigi cari timba. buakn nya ku ni tahap desperate sgt pon. dah heppy dah ade my bucuk yg suka makan asam pedas tu.. senang aku nak masak..

entah apa2 je.. manusia sekarang ni. kot ye pon die dengki ngn kebahagiaan aku. tak yah lah die kata aku sedang berusaha nak mengorat die.. atau dulu berusaha mengorat die. aku tak pernah dan tak ingin lah nak ngorat org. buang karen. " biar aku andartu dari jadi PERIGI CARI TIMBA!@!! " ceh!!! hampeh…

key ar… cau cin cau.. nanti aku bagi kat mamat tu kad jemputan kawin aku ngn ader 33 ekor rama-rama.. tak de nya aku nak ngorat die yg jln macam pompuan tu.. isk.. dosa lak ngumpat org nak raya ni.. huhuhu.. tak pe.. aku cuma harap die sedar diri dan tak sesuka jual nama org. okey cau….

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 10:43 pm on Sunday, October 8, 2006

bangun pagi… macam biaser. oleh sbb hari ni aku terasa malas. so.. just sarung jeans ngn t shirt merah je. tudung pun aku pakai selendang yg tim dan maryam adiahkan masa depa pi umrah dulu. pi klas Dr. Elyas. klas history.. tak ramai yg dtg pagi ni. pesal ek? org dah balik cuti raya ke… huhuhu..

-bucuk.. rindunyer..-

-ma.. raya nanti balik umah papa dulu lah yer..nanti pa tepon abah mama bagitau- erm.. aritu kata balik umah aku dulu. ni balik umah die dulu lak.. dah umah dekat pon.. kekadang susah nak decide nak balik mana dulu.

-1st day sampai balik umah papa dulu.. esok nya balik umah mama.. pastu hari ke tiga pa balik arr umah- huhuhuhu.. ye arr tu. aper-ape lah bucuk. tak kisah nyer..

abih klas.. pi bengkel jap. hantar motor.. pi pam tayar jap. semalam aku dok lanyak je tayar lembik tu pi bazar..then ikut si Fath giler tu pi round kolej "abu jahal" yg kat atas bukit tu.. huhuhuhu…

bosan giler dua tiga hari ni. selak buku jadi serabut gak.. tapi ekna gak study emmandangkan aku ader test sederet.. 31 hb okt, 1hb,2hb dan 3hb nov. huhuhu.. pastu baru 7hb, 9hb dan 11hb. tension je.. tak dpt beraya lah jawabnya.. baru plan nak bersuka ria ngn mak mertua kau. huhuhuhu..

tak per ar.. nak wat cam ne… insyallah bulan 4 abih lah aku kat uia yg agak best lah jugak ni. pastu … dok rileks jap.. practice jd "isteri mithali" yg paling best didunia. huhuhuhu…

miss u bucuk… thanx for everything.. hope .. kita leh hadapi semua ni sesama.. :)


Sutera Kasih              In-Team

Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

Next Page »