:: The True STORY of STOLEN HEART ::

yesterday… you secretly stole my heart.. Today…. I knew i have found the happiness that i so desire i’m grateful that u chose such a perfect thing to symbolize our perfect love. what is better place than this to share about our love from the first time we met…. Here the story of Bucuk & Musyuk…

seksa…..

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 8:14 am on Monday, September 4, 2006

aku dah ingat nak lupakan je blog sedih aku ni.. sebab bukan sikit, tapi banyak yg berubah dlm hidup aku dlm masa terdekat ni. saat aku lupa.. dia datang semula.. saat aku mula kuat dan teguh dengan apa yg aku ada sekarang masih ade "mereka-meraka" yg meragui kebahagiaan atau keterpaksaan utk aku terus hidup saat ni.

segalanya berlaku dengan sangat pantas. pasti tak de siapa yg dapat paham what actually happen. pasti semua org nampak aku telah menyakitkan satu jiwa utk kebahagiaan aku. aku dah tak daya …. betul dah tak larat… cemuhan demi cemuhan…

8 bulan yg lalu… hanya kawan2 sebilik yg lihat betapa tersiksa dan merana nya aku… terima kasih pada imah, kak zura dan nad my roomate yg very supportive. saat aku meraungkan cinta dunia… imah turut mengalirkan airmata. seolah-olah dia juga rasa betapa kecewa dan sebaknya dada aku.

"sudah lah epi…" aku lihat airmata imah turut bergenang… aku tahu, as a fren.. sebilik dia mengikuti perkembangan aku. puas aku merayu… berdoa.. jadi sangat kuat.. cuba berdiri..bangkit dan lalui hidup aku macam biasa. kat luar aku bergelak macam biasa… malah lebih happy dr kawan2 yg lain. tapi dlm hati cuma Allah je yg tahu…

dia datang dlm hidup aku tanpa aku undang. sikit pon tak pernah terlintas aku nak "curang". jauh sekali nak terima lelaki lain dlm hidup aku. tiap yg dtg aku tolak tanpa alasan. yg aku mampu kata "aku dah tutup hati aku untuk sesaper pon.."

dia tak sedikit pun memaksa… tetap bagi aku semangat. ingin aku anggapnya hanya lah seorg abg. tapi dia sangat yakin utk memberi aku kebahagiaan itu. langsung tak aku terima. pada aku hanya YAHYA.

betullah org kata hati perempuan macam kerak nasi.. puas aku tunggu. mungkin pada korang 7 bulan tu sekejap.tapi pada aku itu adalah saat yg menyiksakan. dan akhirnya setelah minta pandangan mak dan abah… aku leraikan segalanya.

selepas hampir 2 bulan dia cuba melembutkan hati aku.. aku dgn rasa kurang yakin menerimanya.. apa yg aku katakan padanya… "za tak leh lupa dia…"

dia tak putus menyabarkan aku… support jiwa kacau aku.. dan akhirnya aku belajar utk lupakan dia yg aku panggil my hero. saat aku mula belajar pergi jauh dr hidupnya..dia datang cuba mengingatkan pada kenangan lepas. aku gila! mana mungkin 2 jiwa untuk satu hati…

berpegang pada prinsip.. hidup perlu diteruskan.. dan jangan berpatah balik. aku tabahkan hati menolak untuk berbaik. ya! mungkin aku salah kerana tidak dapat memaafkannya.. tapi aku tak dpt melukakan hati pada dia yg ingatkan aku "apakah itu kehidupan". pernah pada satu tahap… aku betul-betul berada di tengah. tapi saat dia kata "jangan tinggal abang…" aku tak sanggup… aku telah menerimanya dan selamanya akan menyayanginya.

terima kasih pada kesungguhannya… terharu aku dgn kata-kata maknya.. walaupun ia terlalu baru dan terlalu pantas.. aku dah rasa ndahnya menjadi sebahagian dari keluarganya.. sangat-sangat bahagia…

pada yg telah berlalu… tidak sedikitpun aku punya rasa marah.. aku sentiasa mendoakan kebahagiaannya.. 4 tahun bersama… banyak memberi makna. tapi ia telah Allah tetapkan terpaksa diakhiri dgn cara yg begini menyakitkan..

aku pohon pada semua… jangan lah diusik lagi hati aku. jangan ditanya lagi siapa dan kenapa. aku pohon… biarlah aku pilih jalan hidup aku. apa yg berlaku, Allah telah susun. aku percaya segalanya ada hikmah. biarkan aku bahagia..kerana sesungguhnya aku telah banyak terluka. kalau masih ada yg menganggap aku membuat pilihan yg salah… simpan sahaja kata-kata itu. biarkan aku mencari kebahagiaan aku sendiri dan sesungguhnya aku percaya, siapapun dia… kini kami sedang melangkah setapak lagi mengikut adat dan juga tuntutan sebagai umat MUhammad. doakan kebahagiaan aku dan dia.

yg berlalu biarlah…. sekali lagi aku pohon. pada mereka yg tak henti-henti menyoal aku itu dan ini. dan meminta aku berfikir atau kembali padanya… aku pohon.. biarkanlah aku… plsssssssss….aku telah letih… sangat letih…

doakan kebahagiaan kami fairos_feeza

Seksa                     (ukays)

Kemana bintang beribu
Di malam ini
Tiada satupun yang kelihatan
kecuali kelam

Mungkinkah hujan kan turun
Menemani malam
Makin sepilah malam ku ini
Tiada teman bicara

Walaupun lenaku panjang
Tiada mimpi bertandang
Menghitung hari berlalu
Seksanya aku

Walaupun masih teringat
Kau jauh entah dimana
Sudahnya ku duakanmu

Dan tak ku duga kau jelma pula
Menagih lagi janji lama
Sukar bagiku untuk terima
Kehadiranmu untuk bersama
Kali kedua

Tak perlu kau menjelma lagi
Nyata atau mimpi
Kerna bagiku
Semua yang berlaku
Biarkan berlalu
Jangan pula nanti
Kau salahkan aku
Kerna meninggalkanmu



3 Comments »

14

   abdah

September 4, 2006 @ 10:07 pm

akum epi…..aku harap ko besabar….yang ko perlu tau, cinta xsemestinya bersama n kekal….hanya cinta pd ilahi kekal abadi…..aku doakan kebahagiaan ko bedua….jangan luper kirm slm kt abg ko, kapten shahrul…senior aku tuh…assalamualaikum

15

   JiJie

September 5, 2006 @ 5:28 am

pi ..byk bykkan besabar ehh!!

16

   JnAL

September 10, 2006 @ 11:03 pm

epi..sori baca blog kau tanpa undangan..walaupun aku langsung tak kenal kat kau..aku dapat faham perasaan ko tu..bukan senang nak lupakan kenangan 4 tahun tu.percayalah..setiap kejadian yang datang ada hikmah nya.aku rasa ko pun tahu..lupakan yang lama,mulakan yang baru..semoga berbahagia..

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>