:: The True STORY of STOLEN HEART ::

yesterday… you secretly stole my heart.. Today…. I knew i have found the happiness that i so desire i’m grateful that u chose such a perfect thing to symbolize our perfect love. what is better place than this to share about our love from the first time we met…. Here the story of Bucuk & Musyuk…

sayangi daku…peluklah daku…

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 9:18 pm on Friday, September 29, 2006

dari malam tadi aku happy je walaupun serabut…petang semalam hati aku terguris gak sebenarnya dgn ’sms kebetulan tu’. aku tak tahu apa maksud sebenar.. saje nak wat aku tersinggung, just want to test me or mmg die bebtul tak sengaja. apa pun alasannya, secara jujur mmg aku sikit terasa kehampaan dan kehampehan nya. nasib baik die cepat betulkan keadaan. aku pun cecepat sejukkan hati aku … maklumlah bulan poser. die pon tgh nak menghadap rezki. kalau tidak mau aku buat perangai membebel itu dan ini.

" hanya mama je dalam hati papa… pa nak mama je.." aku pun dah janji nak jaga hubungan kali ni sebaik mungkin, apalagi memandangkan mak dia dgn die-die sekali dah mengahadap mak bapak aku… its really appreciated.

bak kata siti NUrhaliza.. Sayangi daku.. peluklah daku.. aku yg tak suke siti ni pun tersuka sangat dengan lagu ni. besh..

malam tadi aku buka poser sengsorang je.. huhuhu.. sedey. Fadh satu2 nya rumate aku balik kampung. yg tinggal tu ha.. Rumate aku yg made in India.. sedara kajol. nak bebuka ngn die wat pe nya.. die ada kat bilik pon selalu wat aku ngn Fadh naik angin.entahla.. sempena raya pose and raya deepavali ni kena minta maaf kot.beramah mesra. mana tau kot2 die bagim aku angpow DEepavali. huhuhuhu..

pagi tadi aku ader test wataniah.. kul 8. kul 9-11 ader lak test arab. huh! aku dok baca je arab tu.. langsung tak baca yg wataniah.. malas!@! hari ni pakai PO. aku gi naik motor.. sejuk giler pepagi. dah kuar dari kolej..tetiba rasa sejuk je kat jari2 kaki aku.. pergh!! aku pakai selipar jamban rupanya. langsung tak ingat.tak masuk list selipar jamban dlm cara pemakaian askor.tapi nak wat cam ne.. tiba je kat OR .. junior dah ramai. semua pakai smart kecuali aku lah yg pakai selipor jamban.

"ha.. epi.. apa lagi amik baris.. " alamak ..ader Tuan Wari lah pulak..

"errm.. tuan.. sayer pakai selipor je tuan.. terlupa.." aku wat muka kesian.sambil selak2 note arab…

"tak payah lah ko nak baca lagi.. takkan test watan pon ko nak baca.."
"eh.. tak arhh tuan.. saya baca arab ni.. ader exam kul 9."

so.. memandangkan dlm otak aku .. nak pi dewan CAC je exam arab. aku mmg tak fokus sgt ngn test watan tu. lantak laa.. wat setengah jam aku bla..

atas motor sempat lagi aku sms my manja boy. tak jawab pon..huh.. apa lagi tidor arr tu..

tak pe arr.. nak wat cam ne kan dah hobby dia. tak sabau nak balik kampung raya ni. nak beraya umah mak mertua. huhuhuhu.. pasni tak yah gegaduh.. pagi raya pi kubur Arwah ayah mertua aku tu.. maksud aku bakal mertua. huhuhuhu.. then tghari leh lunch kat umah aku dah.. then mkn mlm kat umah die. huhuhuhu.. esok bangun subuh mandi kt umah aku.. heheheh leh ke cam gitu.

tapi papa kata… "kita tidor kat desaru je nanti.." huhuhuhuhu.. ok gak tu. dah kawin nanti dok tetengah. dok je berkhemah kat tepi pantai tu. kehkehekeh.. macam dapat balik raya.. entah2 kena raya kat lumut je. mkn sotong kering gula tu.. huhuhuhu..

aperpun.. pada aku tak jadi masalah. yg paling penting dalam hubungan saling percaya.. dan berbincang serta bertolak ansur tu mmg penting. belajar dari pengalaman.. cuma satu yg aku harap dan selalu aku ingatkan dia ..

"tak kira apa keadaan sekali pun mesti bersama.. susah ke..senang ke.. jgn tinggal sesiapa…"

aku makin bahagia.. aku harap kebahagiaan ni kekal…. thanx utk mak bapak aku yg always support aku.. dan banyak buat jiwa aku ni tenang. pada dia yg kian hilang dari hidup aku… cuma satu aku nak cakap.. "hidup ni terlalu banyak dugaan, dan sebagai manusia yg dikurniakan akal, berfikirlah sebelum berbuat keputusan. dan jika dia bercinta sekali lagi.. aku harap dia lebih menghargai kecintaannya. kita mmg hanya akan rasa kita memiliki sesuatu bila kita telah kehilangannya. tapi, selagi ia/dia bersama kita.. kita rasa die takkan hilang..jgn terlalu yakin. sesungguhnya, pertemuan itu bukan lah satu kemestian tapi perpisahan selepas pertemuan sering terjadi.. "

cahaya cinta   - CT nURHALIZA-

Dia telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta

Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi kasih takkan berganti
Ini bahagia yang ku cari

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji denganku
Semai cinta nan satu

Tuhan menguji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga hingga ke alam syurga

Dia telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji denganku
Semai cinta nan satu



No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>