jika kau kekasih…
dah seminggu aku naik sem baru.. masih happy walupun sumtime rasa zero je ati aku ni. tapi, member2 aku semua Alhamdulillah supportive..
la ni cuma pikir 2 perkara… my study and - HAJAT yG BELOM TERTUNAI-. aku masih berusaha tunaikan aper yg dia nak! hati aku?? hanya aku yang tahu.. kadang-kadang aku rasa kemaafan is there.. kekadang rasa nothing to do with this relations… cuma terasa sangat sayang dgn every single memories within 4 tahun ni.. ahh kacau..
ader yg kata… "biar saya jadi teman awak.." ader gak yg kata " beri saya peluang itu.." yg paling sayu bila ader yg kata " i wont see u hurt urself.. let me be ur shoulder… ur frog prince.." erm.. kadang-kadang lembut gak hati aku.. bak kata tokki dlm lagu hampa ..
Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa…
aperpun alasannya… aku cuma leh kata " lom terbuka hati…tunggu sikit masa lagi..kalau mmg ader jodoh.. kalau mmg u are my PUTERA KATAK.."
tapi sejak dua menjak ni.. dia yg aku anggap macam abang terus temankan aku.. setia buat aku happy walhal hakikatnya dia pun tak lah sehappy mana. tapi demi tak nak tengok aku sedih.. dia always able bila aku kata "za nak pinjam bahu..nak nangis.."
pada dia..berkali aku ulang.. "za tak dapat patah balik.." sungguhpun dalam hati aku tak pasti adakah itu benar2 dari ahti aku..atau sebenarnya ego dan tawar hati aku dah menenggelamkan iman aku..
"ader lelaki lain??" dulu dia berhak tanya soalan tu. tapi selepas 6 bulan, adakah dia sendiri tahu tanggunggjawab dia? apakah dia tak rasa soalan tu tidak lagi menjadi haknya utk tanya pada aku?
aku cuma diam… tidak menafikan..tidak juga mengiyakan.. cuma berulang kali aku kata.. "za dah tawar hati… tak dapat menerima sesaper… apa lagi berpatah balik.." namun jauh disudut hati kekadang teringat juga istimewanya hubungan dan ikatan antara aku dan dia..
"buat masa ni… za tumpang bahu abang..za takkan harap apa-apa, dan jgn harap apa-apa dari za.."
"abang rela za bebankan abang.." ahh joking..
seminggu ni.. aku lebih kalut. called dari dia.. sms dia.. dan juga marah-marah dia buat aku makin kompius..
"esok wat per?"
"tak de apa.." jawab aku ringkas.
"esok malam free?"
"so far.. tak der aper.. awat?"
"jom kuar dinner…" terkejut ker? malas ker? jual mahal ker? atau aku mmg tak sanggup nak jumpa dia lagi.
"buat lawak ke mimpi?"
" nak keluar ke tak nak?????" aik.. marah aku lak..
"nak ajak org keluar marah-marah ker? kalau ajak macam ni pontianak pon takut nak gi!" aku tak amik pusing.. off hp then tidur. aku selalu kata.. lets everything happen naturally as time goes…
kalau mmg aku ni dari tulang rusukmu… aku akan jadi milikmu biar sehebat mana aku cuba meniddakkan…
salam….
Lirik Lagu "Jika Kau Kekasih" - Linda Nanuwil
tidakkah terasa beban yang aku pikul
menyiksa jiwaku kekasih
kenapa kau tak panah merasakan
dan jika kau kekasih yang menyayangi aku
harus kau mengerti hatiku
itu hanya apa yang ku impikan
bilakah kau mengerti…
c/o
kata hati merayu aku pergi
meninggalkan dirimu
tapi ku tak berdaya
mengapa kasih, harus ku alami..
setelah aku korban segala-galanya
sanggup ku harungi hidup
bersama dirimu tinggalkan
semua yang aku cintai…ho..ho…
jika kau kekasih senangkanlah hidupku
jangan biar ku begini
hidup di dalam kerungsingan kasih
jika kau kekasih yang menyayangi aku
harus kau mengerti hatiku..
itu hanya apa yang ku impikan
bilakah kau akan mengerti….