:: The True STORY of STOLEN HEART ::

yesterday… you secretly stole my heart.. Today…. I knew i have found the happiness that i so desire i’m grateful that u chose such a perfect thing to symbolize our perfect love. what is better place than this to share about our love from the first time we met…. Here the story of Bucuk & Musyuk…

Kubawa harapan kupendam rahsia..

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 1:23 am on Thursday, July 27, 2006

Hidup yang bergantung kepada perasaan semata-mata seperti berpaut pada dahan yang reput.

Sesekali bukan tidak dikutip cebisan-cebisan silam…. malah ada kalanya menjentik-jentik ruang fikir. Sejarah dipermainkan… Andainya itu sekadar untuk mematangkan… terima kasih kenangan….
Sayangi sebuah perkenalan kerana disitu terciptanya kemesraan…… kenangi sebuah perhubungan kerana disitu terciptanya kerinduan….

orang kata patahkan tumbuh, hilang kan berganti. tapi, perlukah setiap yg hilang tu diganti.? adakah yg patah itu akan tumbuh lebih baik dr yg sebelumnya? teringat aku sebaris kata-kata "..Allah telah menciptakan pasangan kamu dari kalangan kamu sendiri..supaya kamu saling serasi.."

one day left… aku takut sebenarnya. aku tahu sesuatu akan berlaku… mungkin ianya akan menyebabkan sekali lagi hidup aku akan berubah. aku tak tahu… harus bagaimana. menyapa setiap pagiku.. dan menidurkan setiap malam ku.

"jangan fikir yg bukan-bukan…" aku cuma diam. dada aku sangat sakit.. sebak yg maha Hebat.

Manusia pandai berpura
berlakon di pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati..
dak pernah berdusta pada empunya
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya

"Demi Allah yang selalu datang menguji hambaNya, derita tak akan datang juga tanpo mengenal masa. Walaupun kita dah berbuat baik pada sesama makhluk, belum tentu kita akan dihargai. Dan demi Allah, biarlah kita jadi manusia yang tabah terima semua ini.
Tapi apalah yang dapat kita lakukan untuk menghalau sesuatu yang tak nampak dimata….. Kalau kita terpaksa menderita untuk menahan diri daripada melakukan apa yang Dia tak suka, biarlah kita menderita kerana pengorbanan itu biarpun pahit, tapi janji Allah tetap pasti bahawa akan ada manisnya dalam pengorbanan itu. Kita hanya akan sedar kemanisan itu setelah kita berjaya melalui detik-detik yang sukar. Kenyataan tidak akan jadi semudah apa yang diinginkan. Disitulah letaknya nilai KEHIDUPAN. Kalau semua yang kita mahukan mampu kita miliki, maka bukan sifat hamba namanya itu……"

HARAPAN   (fazli zainal)

Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,

Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.

Chorus :
Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami …

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku

hidupku seiras lukisan..

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 1:27 am on Wednesday, July 26, 2006

Malam tadi aku tidur hampir kul 4. aku pun tak tahu naper aku tak dapat tidur. Malam tadi dada aku sakit sbb “rasa sayang itu…” Selana ni aku berkeras tak mahu terima sesaper.. kadang bila rasa sunyi aku “jatuh hati” secara tak sengaja pada dia yg temankan hari-hari sedih aku. Aku tak tahu itu betul-betul sayang atau hanya rasa kosong yg kian diisi oleh seseorg yg lain. bertanya lagi aku pada diri.. ‘ betulkah apa yg aku buat ni…?’ menongkat dagu… menyela helaian rambut yg jatuh ke dahi. Sesekali mendengus.. soalan aku masih aku tak jawab.. aku terhimpit antara budi…kasih dan sesuatu yg dikatakan pertolongan.

“abg ikhlas nak tolong za..tak nak tgk za sedih lagi” seingat aku, dah lama aku tak menangis.. sejak balik dr kampung bulan lps.. terus pi berakit.. tak sempat nak beremotional. Tapi, dari pagi tadi hati aku jadi sayu sangat… kadang aku rasa aku yg buta, tak tahu vezakan mana satu cinta, mana satu sayang, dan mana satu yg membuat aku macam “persinggahan..” akulah gadis di pelabuhan itu. Tapi, aku tunggu sesuatu.. bukan utk dijadikan sesuatu yg boleh di pujuk, disayang, dimaki, ditinggal atau aper je hubungan yg tak siapa paham.

“aku tak tahu lis…” kepada dia aku mengadu.. seorang sahabat dari bangku sekolah rendah lagi.

“sampai bila epi…” airmata aku mengalir lagi. mencari bahu…

“abang nak za!” kata-kata tu aku tunggu sejak dari 4 tahun yg lalu.. tapi hanya baru beberapa hari yg lepas aku dengar.

“jangan tinggalkan abang za…” ermm… dia yg menumpangkan bahunya. dia yg

cuba

buat aku ketawa… dia yg

cuba

utk buka hati ni. Dia yg aku Cuma ingin anggap sebagai sorang abang…tapi…. Malam tadi aku baru benar-benar paham perasaan aku.

Terlalu berat utk percaya… terlalu susah untuk terima.. terlalu sukar utk

cuba

buka hati yg dah aku kunci. Tapi, kesabaran dia…. Sifat manja dia… mengiyakan dan membenar

kan

peluang itu harus ada…

“kirim salam kat mak abah…” aku dan dia dah macam org asing. Sgt-sgt terasing..

“abg tak ingat mak za bangun pagi buat nasi impit utk sarapan abang? Abg tak ingat mak masakkan abg kari ayam.. sbb mak za tahu itu yg abg suka… ??”  sdih za bila kita jadi gini. Sedih yg maha hebat… kesedihan tahap dewa. Tapi tu semua dulu.. abg juga jar za utk jadi tabah… 7 bulan dah cukup utk buat za berdiri diatas jalan sendiri.

“mesti susah bila org lain nak masuk umah za

kan

…?”  aku tak de jawapannya… kerana aku tak pasti jawaapnnya. Yg aku tahu, selagi kita

cuba

untuk mencari kita akan dapat menemui apa yg kita cari. Jika ingin memiliki…pasti ada cara utk buat dia tetap jadi milik kita.

“ ku hadiahkan lagu Jujur itu utkmu…. TULUS!”

Perjalanan idupku seiras lukisan

Jalinannya tampak indah itu rahsiaku

Aku bukan ku Yang kau impikan

hanya ilusi panca indera

Biar mekar cinta luka makin dalam

Kerna warna-warnaku pudar semula

Aku lepaskan kasih sayangmu…

Dikandas tanpa dusta..

Salah siapa awan berlalu

Mendung betandang

Jiwa melara

Salah siapa rindu bertamu

Didunia yang fana

Salahkah aku …diundang cinta

Melakar rasa disenja kala

Cuma sewaktu mengulit cinta

Takdirnya untuk ku..

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 10:06 am on Tuesday, July 25, 2006

makin hari makin sukar… makin hari makin aku keliru. selalu aku berdoa.."Ya Allah.. andai dia bukan jodohku, bawalah dia pergi dan jadikanku hambamu yg tabah.. tapi andai dia jodohku, dekatkan dia padaku.." aku tak pasti itu hanya kebetulan atau tanda doaku telah dimakbulkan.. dia datang, buat aku percaya dia lah jodohku.. kemudian dia pergi seolah-olah doaku juga termakbul andai dia bukan lah pemilik tulang rusuk itu.

aku masih tak henti berdoa.. pohon sebenar-benar permohonan moga aku diberi petunjuk. "sabar" itulah yg selalu aku ingatkan pada diriku… jgn banyak fikir Epi! come on la… hidup tak seperti yg kita jangka. terlalu berliku.

kadang aku tertanya-tanya.. kenapa ade org jln hidupnya begitu mudah.. bahgia, menyayangi dan disayangi. tapi jln hidup aku berliku-liku dan berbukit-bukit. utk aku jadi matang? huh! kadang aku jadi makin tak cukup otak nak pikir. mak selalu kata "kita yg wat pilihan… jodoh tu kita yg cari! kalau putus mesti ada alasan.."

tapi pada aku.. percintaan dan perpisahan tak perlukan alasan. kadang alasan tu mmg tak dpt ditafsirkan.."bukankah jodoh tu telah tertulis?" jodoh…maut tak siapa tahu.. mmg lah. kalau ade org tahu, mesti lah seronok. 

cinta juga bukanlah pilihan. aku pon tak pernah membuat pilihan. pada aku konsepnya samada menerima atau tidak.. memberi peluang atau tidak.. dan hanya manusia yg punya hati saje paham "perasaan itu apa."

kalau lembu dipegang pada tali… manusia dipegang pada janji. tapi adakah manusia yg menepati janji sekarang ni? jawapannya "masih ader…"

bukankah antara ciri-ciri org munafik itu "bila ia berkata, katanya dusta..dan bila ia berjanji janjinya di mungkiri..?" dimanakah letak nya cinta sejati kita? adakah kerana rupa? harta? atau aper2 yg sewaktu dengan nya.. tipulah kalau aku kata aku tak pandang semua tu. tapi se"tulus" nya… aku hanya mahu seorang lelaki yg "ikhlas…" dan "matang" dgn kata-katanya…

pada dia yg pernah bertahta di hati aku… "kita mungkin selari tapi, tak dapat berlari dalam satu garisan yg sama.." saat aku berhenti… kau tetap terus berlari. selepas kau tiba digarisan penamat baru kau berpatah balik utk menyentuhku… tanya dirimu, adakah sentuhan itu tepat pada waktunya? atau kau sudah kelewatan…

hati aku….hanya aku yg mengerti. biar ia tampak lembut tapi hakikatnya ia beku. aku bukanlah intan yg selamanya bergemerlapan… dan aku juga bukanlah kaca yg hanya tahu menghiris… aku tidak mahu menjadi ais yg kian mencair. aku hanya mahu jadi mawar… dijaga oleh duri. aku mahu jadi sakura yg berkembang hanya 10 hari setahun…tapi sepuluh hari itu sudah buat org menjadikannya memori. mungkin menunggu ku "kembang.." adalah sangat lama… tapi percayalah di saat aku berbunga… aku bukanlah sia-sia…

Lirik Lagu Cinta - Melly Goeslow / Kris Dayanti

menapak jalan yg menjauh
tentukan arah yg ku mau
tempatan aku pada satu peristiwa
yg membuat hati lara

di dekat engkau aku tenang
sendu matamu penuh tanya

misteri hidup akankah menghilang
dan bahagia di akhir cerita

reff: cinta, tegarkan hatiku
tak mau sesuatu merenggut engkau
naluriku berkata, tak ingin terulang lagi
kehilangan cinta, hati bagai raga tak bernyawa

aku junjung petuahmu
cintai dia yg mencintaiku
hatinya dulu berlayar, kini telah menepi
bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia

di dekat engkau aku tenang
sendu matamu penuh tanya
misteri hidup akankah menghilang
dan bahagia di akhir cerita

repeat reff

cinta… biar saja ada
yg terjadi biar saja terjadi

bagaimana pun hidup hanya cerita
cerita tentang yg meninggalkan
dan yg ditinggalkan
cinta

sabar jer lahhh…

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 12:09 am on Monday, July 24, 2006

huh… kecik ati aku melayan "suami" aku yg sebijik tu.. ari sabtu dia da aku bawa pi klinik.. tukar tiub. nengok2 petang tu dia pancit lagik.. ahahh aper jenis motor lah ko nI?? tak tahu bersyukur ker? cukup-cukuplah aku manja kan ko.. letih lah nak uruskan ko jer.. aku tahu lah ko byk bersjasa… tapi jgn lah sekali ko wat ragam.. berbagai2 ragam ko buat.

tak perlaa.. ni aku bagi ko rehat. aku malas nak hantar ko pi bengkel lagi. aku dah majuk ahh dengan ko. tak pe.. rabu ni aku pi pasar malam jalan kaki pon tak per…

huhuhuhuhu… jumaat ni aku nak balik kampung. aku nak habaq kat tuan asal ko "my dad" dgn kerenah ko ni.. aku nak jual tak laku.. nak biarkan ko tersadai je aku pon kesian gak. memandangkan ko lah sahabat aku sejak dari aku sekolah menengah lagi. tapi ko pepandai lah bersyukur.. ko ingat senang ke aku nak bawa ko pi dok KL ni?? hehehhee…key lah "KRISS" buat masa ni ko dok lah kat pondok tu dediam.. sampai bapak aku kirim kan duit.. okey…

huh… malas lah nak citer panjang lebar.. hari ni mood pon tak berapa nak elok sgt. bukan mood tak baik.. cuma tak elok je.. mood aku sentiasa okey.. ceria je.. CERIA???? ye ker…??

okey bye..

:: SERASI BERSAMA::

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 8:15 pm on Friday, July 21, 2006

selalu tak dengar azan subuh… tapi pagi ni clear lak azan subuh dr masjid uia.may be selalu aku tidur mati.. aperpun tak dengar. mlm tadi aku tidur tak nyenyak sgt sbb aku sakit perut + sakit pinggang… dlm kul 9am lebih baru aku larat bangun. sebenar..

siap-siap nak pi lab. mmg hajat aku dr malam tadi nak cari bahan utk assignment Public Personnel Administration class..naik2 motor.. tayar blakang aku bergoyang-goyang. dlm hati.. mesti tayar aku nak tercabut kot.. tak terpikir lak motor aku pancit sbb 3 ari lepas pam okey je.. tengok2 lembik giler… ahh kacau. dahlah dlm pocket ni ader RM15 je.. nak tak nak terpaksa hantar pi bengkel..

"kenapa kak epi.. ?" nasib baik ader junior pompuan aku ni.. tak lah aku segan sgt dok kat bengkel ni. motor die pon "demam" gak.. tak mau idup.

"entah..bocor kot… "

pastu abg bengkel tu.. pon bukak tayar motor aku. amik tiub baru. aduh.. betul ke bocor ni.. kena tukar tiub? apersal tak pam dulu.. kot-kot kurang angin je.. tapi tak mungkin gak kurang angin je.. aritu kan dah pam. kalau lembik lagi comfirmlah bocor. alaa.. lagipun dah lama tak tukar tiub..

sementara abg mekanik tu betulkan motor aku.. aku dok lepak-lepak sambil pikir berapa ek die cas… letih ah.. time pocket kering, memacam lak motor ni sakit..

"berapa ek pak cik?"

"RM10…sbb tu tayar yg besar.. ikut size tayar.. kalau biasa tu RM8 Jer.." yeke… tayar aku besar? entahlaa.. aku pon bukan paham sgt hal-hal motor ni. selalu je aku macam kena tipu. aritu motor aku tak idup sbb lama tak naik. so, aku hantar lah pi bengkel. aku rasa plug je yg kena tukar. tetiba esoknya aku amik, kena alomost RM30. uwaa… student macam kami ni, RM30 tu value tau!

semalam my dad called..

"ader duit lagi tak? abah tak sempat pi bank ni… isnin abah bank in bleh?? "

"haa…okeylah.. tak kisah pon.. " tapi dalam hati. adeh… tak pelaa.. lambat masuk duit lambat lak habisnya. ye ker? macam sama je… lambat ke cepat.. cepat gak habisnya..

hehehe.. pepun. this sem aku kena berjimat.. sangat-sangat berjimat.. kenape ek.? kena berjimat lah!! kalau memebazir kan kawan setan! okey all cau cin cau..

Semakin hari semakin serasi
Bagai pagi dengan sinar matahari
Bagai malam dengan kerdipan bintang yg berseri

Terlintas saja hati
Belum kuluahkan
Kau dah pun tahu
Bagai tiada rahsia
Antara kita berdua

CHORUS
Semakin hari semakin serasi
Bagai gelora dengan air laut dan tasik
Tak cemari bagai puncak dan lembah
Lereng dan titi

Terguris saja hati belum ku tangisku
Dan kubelai seperti sakitku ini
Kau yang terasa jiwa kita serupa

Kita bagai permata
Terbelah bercantum semula
Hingga lansung tiada terlihat garisnya
Pemisah halus rambut disela halus

Kita bagai satu jiwa
yang bercerai terpatri kembali
Hingga langsung tiada terlihat lainnya
Di dalam hanya ada kekasih hati

Chorus
Kekasih hatiku

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 7:34 am on Thursday, July 20, 2006

pagi tadi aku bangun lewat… kelakar lak rasanya.. pastu kelas kreatif thinking and problem solving kul 830 tu aku macam tak pay attention je.. buakn macam..mmg aku tak pay attention pon. ngntuk giler… pagi tadi 3 klas je dari 5 klas.. lagi 2 klas ptg tadi tak de..so, ptg tadi aku byklah masa free. balik bilik utk zohor and lunch.. then niat nak membute aku batalkan.. terpaksa turun balik pi bank muamalat amik pin card baru.. tadi tghari aku pi, tapi tak leh amik coz aku tak bawa ic. tetiba tadi aku nak jadi pendatang tanpa izin lak..without ic.selesai urusan ngn bank, aku pi ITD lab..main intenet sat. then bosan lak.. akupun balik bilik… lepas solat asar terus tidor..seingat aku dlm kul 5 lebih kot..

tak tahu macam mana… tetiba je aku dgr suara..

"epi..epi… wei ko dah semayang magrib lom?" suara Fadh rumate aku antara dgr tak dgr je..

"ha..??" aku pon dah mamai. aku tgk jam tangan aku.. kul 820..perh.. lama gak aku tidur.. nak terlepas magrib. then kelam kabut aku semayang magrib dgn rasa yg sangat malas.. entah apa aku semayang pon macam nak tak nak je. terasa sakit semua badan aku.. pastu aku bebaring …nak buka telekung pon malas gile..

bangun sat mandi.. lps isya’ aku pi itd lab ni… sebenarnya tadi aku nak pi dinner. tapi tetiba rasa malas.. ahh apersal aku ni? asek ckp malas je.. entahla..

jiwa aku tengah kacau..happy dlm kacau… tapi heppy.. hari aku semenjak dua menjak ni lebih happy dari 2-3 bulan lepas.. kenapa? nanti tahulah.. setakat mana keheppy an aku ni bergantung pada keadaan gak.. tapi aku harap, kegembiraan ni berkekalan… cewaaahhhh

Embun  (aqasha)

Dari bibir
Kancah yang menyiksa
Telah tersua cinta kita
Usah dikau cuba menyangkalnya
Kutahu kau merasa apa yang kurasa

Katakanlah
Mentera apakah
Mengobar bara di hatimu
Kau rela korban sebuah asmara
Demi merandai perjuanganmu

Embun… andai takdir
Kita tak bersama
Selama jasad masih bernyawa
Tak mungkin kau kan kulupa

Embun… andai takdir
Memisahkan kita
Tak bersatu di bumi yang fana
Kudamba dikau di syurga

Oh…
Kaulah cahaya menerangi kegelapan
Kau kekuatan di kala mumur impian
Andai kau gugur malah tiada bernisan
Takkan kau pudar di ingatan

Embun… andai takdir
Kita tak bersama
Selama jasad masih bernyawa
Tak mungkin kau kulupa

Embun… andai takdir
Memisahkan kita
Tak bersatu di bumi yang fana
Kudamba dikau di syurga

Kudamba dikau di syurga
Nun di syurga

my wednesday.,.

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 12:47 am on Wednesday, July 19, 2006

hari ni aku mulakan pagi aku dgn kemamaian tahap dewa.. samapai kelas kul 825.. ahh ingat kan aku lah org paling lewat.. tup! tup! sampai kelas..kelas kosong. aku tgk kat board outside the class.. tak de aper2 memo pon yg kata klas cancel.. tapi awat tak der org.. [astu aku tgk jadual.. kot2 aku silap masuk venue.. erk!! teka aper silap aku??? ekekkeek.. klas start kul 9 daa.. aku pi kals kul 830. mmg lah tak de org.. tak pe laa..

then tghari tadi .. aku balik bilik. before tu aku singgah kat kolej office ingat nak amik form regiter electrical items.. buka-buka pintu je..

"ha.. mana borang pindah bilik? " agak nyaring suara kak izan. aku terkejut gak.. bila masa lak aku kata nak pindah bilik. barang aku sikit nya banyak.. tak de nya aku nak pindah lagik..

"ini rafeza laa… " akak kat opis tu yg lagi sorg nyahut. pastu depa gelak..

"sorry lah rafeza.. muka awak sama lah ngn budak tu.." hek eleh..memandai je..

key setel satu tugas.. then aku pi bengkel mnotor tukar minyak hitam.. lewat tghari baru lunch.. pastu aku pi kedai gambar.. cuci gambar. lagi satu kejadian yg agak memalukan aku… motor aku mati kat sempang.. then keter belakang dah hon! nak kuar.. nak tak nak aku tolak pakai kaki.. pepaham jelah aku naik motor kriss tu.. kaki macam jejak tak jejak jer.. aper nak wat.. malu gilos.. dah lah kul 2 tu ramai org lalu lalang.. cis..

aperpun.. hari ni aku agak busy… kul 5-630 ni ader klas lagik.. aku tak baca lagi lak tu.. so masuk klas nanti ala-la blurrr jer..

hanya satu lilin…

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 9:33 pm on Sunday, July 16, 2006

"If you see something that needs to be fixed, do it. No one else is as observant now." (Aries-Mon-17 july 06)

If every little detail doesn’t quite add up today, get out your mental calculator and rework the figures. Solving problems, making peace and aligning incongruent elements is your specialty right now, so have confidence in your abilities — you can fix things! This is a blessing and a bit of a burden, too, since you need to get involved in things that normally wouldn’t interest you. Make your presence known and speak up. You should suggest a better way to get things done.

HOROSCOP hari ni agak menarik.. nak-nak tang.. i need  to fixed the thing done! oh God.. is it a sign for me to move it step ahead? well, Things are going well here.. after a week, my courses are having a "ummpph!" as predicted.

Only around two more weeks left until "our official move in…." I am so excited now and so looking forward to the end of this month.. a little bit scary.. huh! is there sumthing bad or sweet waiting for me?? or failed again..? need to be patient again..and again…

A big thanx to "papa" who let me know that my life is not yet finished..segala yg berlaku I’m pretty sure is a sign that God is trying to punish me for my past mistake.. but then he’ll send me sumone who can always protect me..and love me without "penghinaan".

Last few night, I finally asked him how he felt about me and our relationship. This was prompted by me after learning that he hold me close to him.. It didn’t take him long to answer.. That should not be any great surprise to me, but it was still hard to believe…I told him that I was finally at the point.. what point??? what point?? "Hanya Mu Tuhan Yg Mengerti.." I shared that I felt that feelings are from God..

utk dia yg pernah aku panggil my hero…I needed to know if he wanted to try to pursue a relationship with me anymore or not. For over six months he did not ever indicate that he wanted this…since six month ago, i told him that I was willing to do whatever we could to try to save our  relationship.. but he just keep in silence and sumtimes.. i think most of the times.." i wont  let u hurt..but i cant live with sumone who can not clarify his stand!" I thought that was a very interesting comment for sure. erm…It’s like he was trying to cause me to take blame for him possibly "hancur!".There is nothing normal about what he is still fighting… honestly, "aku tak berani berhadapan dgn die yg sekarang…amat menakutkan.."

Throughout the conversation, I kept letting him know that he was not giving me any indication that he was ready to try to work on the relationship. So, I told him that it was time for me to start taking some steps for me now, including finding my own happiness..He seemed surprised, but I told him that is how I felt, and I wouldn’t be going back there anymore. I prefer to get my support through my own way…

so that I would not have any pressure to show up as a couple anymore. It would appear that this aspect of our life is now over. None of this seemed to bother him in the least either. I think he is just numb to all feelings…I think this is a choice he has made, that he no longer wants to be a part of my life..

I admit fault in this, and I have asked forgiveness.but he never turn to my apology..I just seek God’s guidance through prayer, meditation, reading and the advice of people that I respect as being able to give Godly advice.As always, take what you like, and leave the rest. Let God use this information for His purposes in your life and nothing more.

Satu Lilin Sehening Malam   UK’s

Masih samar lagi
Cinta mu terhadap ku
Dan boleh diumpamakan
Satu lilin seluruh malam

Bukan lagi rahsia
Perhubungan kita
Sudah pun aku penuhi
Apa yang kau hajati

Dan terkadang aku pilu
Kenang sikap mu bagai
Pohon di tiup bayu
Yang bermati-matian
Menghadapi rintangan
Hanyalah aku seorang

Kau tewas
Di permulaan
Sedangkan jalan terbentang
Ku pancar kasih
Untuk yakinkan mu
Namun sia-sia
Aku menanti mu
Pasti belum menentu
Sekali terfikir jua
Apa sudahnya jalan penyudah
Di antara kita

Kalau sudah takdir
Cinta tak kesampaian
Kan aku mengingati mu
Insan tiada pendirian….

penyeri di dunia..bidadari disyurga

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 4:56 am on Sunday, July 16, 2006

aku hanya ingin menjadi penyeri kehidupan mu.. dan bidadari untuk mu di syurga.. tapi siapakah "dirimu?" masih jadi tanda tanya.. terlalu tamak utk aku tahu siapa dia pemilik tulang rusuk yg beri aku kehidupan ni..

aperpun..terima kasih pada mereka yg pernah sayang aku.. yg pernah bagi aku peluang.. dan mereka yg aku juga pernah bagi peluang.. terima aksih pada mereka yg masih tetap disisi aku.. yg masih setia utk menjadi teman aku.. yg masih sedia menghulurkan bahu bila saat aku amat memerlukannya.. terima kasih.. andai ada jodoh kita.. moga rahmat Allah sentiasa mengiringinya.. amin..

Nur Kasih        In-Team

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

( korus 1 )
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

( korus 2 )
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan/( dunia )
Mekar hidup disiram nur kasih

( doa )
Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata

( ulang korus1 & korus 2 )
(Mekar hidup ini disirami nur kasih)

Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya

(Mekar disiram nur kasih)

ku ingin menjadi mimpi dalam tidurmu..

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 11:43 pm on Friday, July 14, 2006

malam tadi aku tidur agak awal.. lepas member aku dtg bilik aku terus tidur.. tidur2 ayam.. then tetiba aku terbangun.. jadi segar. seingat aku kul 2 am lebih.. lama aku termenung, dgr lagu "Dia" FAUZIAH LATIF..

then aku peluk Tuah..hangat. tidur balik.. lepak bilik member. sbb bilik aku takde org. malas tidur sorg.. nanti kena makan ngn hantu lak. bangun awal.. lepas solat subuh ngn member..dok beborak.. puas bergosip aku balik bilik.. ader 5 misscalled and beberapa sms.. sms tu buat aku terkesima.. berpikir balik. tapi tak de jawapan yg sebenar-benar jawapan…

" jgn lupa solat.. minta dibukakan hati za utk jodohh za je.. " sayu je aku baca.. tetiba rasa nak lari pusing uia sbb tak nak otak aku berpikir jawapan yg patut aku bagi.

" za tak tahu… cuma nak tumpang bahu abang sekejap.."

"sampai bila nak tutup hati za? za tak leh biar masa yg menentukan…" erk.. ahh.. uwaa.. tak tahu.. tak nak tahu. biarlah… biarlah masa yg tentukan..

Dealova   (dewa)

aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu…
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu….
karena langkah merapuh tanpa dirimu…
ooohh..karena hati tlah letih….

aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh…
aku ingin kau tau bahwaku selalu memujamu….
tanpamu sepinya waktu merantai hati…
oh bayangmu seakan akan….

reff
kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu..ooohh
kau seperti udara yang kuhela kau selalu ada….
**
hanya dirimu yang bisa membuatku tenang…
tanpa dirimu aku merasa hilang……….
dan sepi……
back to reff

Next Page »