:: The True STORY of STOLEN HEART ::

yesterday… you secretly stole my heart.. Today…. I knew i have found the happiness that i so desire i’m grateful that u chose such a perfect thing to symbolize our perfect love. what is better place than this to share about our love from the first time we met…. Here the story of Bucuk & Musyuk…

berbahgia lah kita..

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 1:46 am on Friday, June 16, 2006

betullah orang kata langit tak selalunya cerah.. mendung tak beerti hujan..cerah pon lom beeerti hari tak nak ujan. tadi pagi hari mmg cerah.. petang dah ujan ngn sangat lebat.. seolah-olah memahami ape yg aku nak, mata pon mengizinkan dirinya ditutup walau hanya utk seketika cuma.. aper lagi.. zzzzzzzzzzzzz

dapat sms… "ko da abis baca lom? " erm.. gosok mata, gosok idung.tengok ja. kul 2 rupanya. bangun cuci muka gosok gigi. then dengan rasa sangat malas.. solat zohor la.. then baring-baring.. selak-selak buku.. ujan masih lebat. "depa" datang bilik dok bawa goreng pisang. entah dr mana depa dapat aku pon tak tahu.. dah org bawa.. telan je la..

sapaan dia secara tak sengaja dalam 2-3 arini buat aku happy sikit. walaupun -TENTANG DIA- masih pusing-pusing dalam otak aku yg da sememang nya serabut, muka tetap ceria. sengeh memanjang…

malam tadi sekali lagi… "hati saya dah terkunci…mungkin tak dapat buka". ye ke ni epi?? yer kot.. :)

"saya tak percaye awak akan terus kunci selamanya.. bila awak terus kunci itu maknanya awak masih mengenang kisah lalu awak dan tak mahu harungi Qada & Qadarnya.." aku diam… tak de jawapan..

jangan sentuh hatiku kerana ia telah rapuh…

ahhh forget it.. tadi aku pi check out bilik. kak zura tak abih2 ingat kan aku utk check out bilik.sebelom die pi exam tadi dia cakap lagi.

"epi..dah check out lom? arini last..?"

dengan rasa malasnya aku tutup buku text research method. sarung tshirt biru, skirt jeans and pakai tudung lebih kurang. malas nak berbedak..muka dah mmg hitam tak ilang lagik…

sis yg jaga kaunter tu tambah serabut aku.. aku kata nak pulang kunci isnin sbb isnin baru balik kampung..die pi kata dan isi form aku nak balik sabtu.. pastu argued itu ini.. dia nak kata aku lak tak cakap. padahal dia yg wat kejer berangan tension aku…

"ok fine… amik semua slip ni, i just want to know my room for da next sem.."

"H 3.1a"
"ok thanx alot… " malas nak bertekak.. buang masa aku je.. padahal leh je uruskan semua time tu. ni hari isnin aku kena dtg balik just to take the check out slip!kan ke tak biol nama nya tu.. si kecik ngn sisters kat belakang aku dok gelak2 kan aku.. tapi depa pon sependapat ngn aku.. office college ni most of the time suke suruh org wat kejer 3-4x.tapi tak perlah. all about mental.

feeza tak kisah…….

ketika ku putus kasih..kau berikan ku semangat kisah lama,tak lagi teringat…. (scan)

biarkan lah…

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 8:30 pm on Tuesday, June 13, 2006

malam tadi tidur awal.. seingat aku kul 12… sebelom tu tiba je aku menangis rindu kat mak. semalam aku mimpi kak ude.. yelah… kakak aku yg garang tu. menyampah tul. dalam mimpi tu dia cuma cakap… "tunggu ..hari rabu.."

pagi ni aku bangun tak lah awal sangat. ingat nak mulakan pagi ni dgn mood yg baik. nak bukak buku utk paper sabtu dan ahad ni. takut kalau mood pagi ni tak elok..sampai ek mlm tak elok. secara kebetulan… pagi ni, lom sempat aku sarapan, aku dapat sms bertimpa-timpa dari dia… rindu kat  kampung malam tadi lom hilang.. aku terus tutuip buku. sakit kepala.. terpaksa aku gagahkan diri pi klinik uia. secara psychologynya bila aku melangkah ke klinik..kesakitan tu akan jadi kurang.. tapi ni makin sakit.. hal dia, hal mak lagi.. hal study lagi.. macam-macam nak pikir. tapi, berpegang pada prinsip hidup bukan penuh dengan masalah..tapi tu semua dugaan utk kita jadi lebih matang terutamanya dalam membuat keputusan. dan hidup ni juga selalu menguji kesabaran kita. jangan cepat melatah… lalui semuanya dengan tenang, bila kau rasa dia yg kau perlukan tiada disisi malah terlalu jauh.. ketahuilah..Allah itu sentiasa di sisimu.

‘matanya lirik-lirik selalu..rupanya manis2 ayu…. ‘ kat screen tepon.. -MY LUVLY DAD-

"helo… ba.." suara aku macam nak nangis.. macam sebak lah plak.

"kenape ni? kenapa tak balik.. ade duit tak?"

"orang ade exam minggu depan..lepas tu baru nak balik.. duit tak de.. ade 10 inggit je ni.. " sebenarnya dalam pocket aku ni ader RM1.30 Jer… last saturday aku ingat dapat gaji wataniah. so malas aku nak minta duit kat parents aku. tiba-tiba je aku tak pi latihan sbb tak berapa nak sihat… lagipun tak dapat gaji. aku ingat dapat gaji ni aku nak stop active kan diri. sbb rasa badan dah mula tak berapa nak sihat.

"tunggu jap.. nanti ba nak pi bank ni.. sekarang. tunggu jap ba masuk duit.."

"mak baru je kuar hospital semalam… malam tadi abang faizal baru hantar mak balik kota." aku diam… terasa diri betul2 derhaka. dah 6 bulan aku tak balik kampung. kadang-kadang bila my parents call pon aku tak mampu nak jawab. sedang orang tua aku kuar masuk hospital… ayah aku nak operate mata…mak plak nak operate buah pinggang…

"mak ni dah tua.. bila-bila je mati. sebelom mak mati ni..korang kawin lah. nanti kalau mak mati tak de sape nak uruskan." teringat ayat mak tu. benda tu kadang-kadang nampak macam joke. tapi itulah hasrat mak. nak tengok semua anak2 nya bahagia. macam drama lak … dulu mak tak bagi anak lelaki dia kawin muda. mak kata kalau umur 30 nanti baru leh kawin. tapi sejak tahun lepas… mak pulak yg paksa-paksa abg pezal ngn kak ude kawin cepat.

aritu ingat lagi masa borak-borak ngn mak ngn kak ngah.

"bulan 6 nanti lah mak nak minang budak tu. budaknya pon baik…" erm..mak macam dah tak sabar nak dapat menantu pompuan.

"kak ude bulan 12 ni… cepatlah piza… saing je ngn kak ude.." gulp.. erk.. mak, leh tak jgn cakap pasal hal ni. lemah sendi aku.. tunggulah mak.. ade perkara yang hanya anak mak ni je yg paham…

"tak sampai 45 minit. aku pi mesin ATM cek duit.. tengok… dah ader note ***.00. ERM..

entahla.. aku tak tahu la ni apa yg aku nak….aperpun aku cuma harap segala ape yg berlaku ade hikmahnya. minggu depan aku akan balik kampung.. dan akhirnya, aku kena gak jawab segalanya….

cukup sampai disini…

hari ini dalam …..

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 2:20 am on Tuesday, June 13, 2006

hari ni rasa boring sangat… walaupun boring aku tetap cuba untuk buat diri sendiri happy. dan dengan sangat angkuhnya aku melapangkan dada aku. menongkah angin sekitar kampus.. jalan punya jalan tanpa ader tujuan. rasa nak pi department buat apa yg Sir Harris pesan. tapi mood aku hari ni tak lah baik sangat utk pikir pasal study walupun final exam tinggal 4 hari. tak juga memikirkan hal nak balik kampung.. apa yg aku tahu, aku cuma tak mahu hadapi sesiapa..

rasa nak terus bersandar kat dinding…. patah balik ke alam bayi. masa tu biar mak dok sebelah aku. lap airmata aku bila aku merengek. dokong aku bila aku bergolek-golek tak nak baring. ahhh… dah 6 bulan aku tak balik kampung… rindu? tersangat lah rindu sampai aku jadi kebal secara alami.

la ni aku tak tahu apa yg aku pikir sebenarnya… yang pasti aku kalah! aku kalah dengan kata-kata dia. aku tak de lagi jawapan utk menepis..

"sudahlah…" itu jue yg mampu aku kata. walaupun hakikatnya dalam hati aku ni melompat-lompat nak cakap banyak benda. nak cakap …

"za bukan… za tidak… za …za… " ahhh dah tak guna epi. semua macam apa yg kau tak inginkan. bukan expired. tapi kita harus percaya bila kita lagi inginkan sesuatu lagi ia akan pergi jauh. lagi kita berdiam.. lagi ia akan merumitkan kita. tapi, apa guna bersuara kalau tak de saper nak dengar.

kau marah ker epi? tak jugak… kau sedih? mungkin juga…

macam betul-betul dah bosan. nak ketawapon dah hilang mood. mungkin juga aku dah lupa macam mana nak ketawa. nak menangis? itu je yg aku cakap hari-hari.. tapi tak payah disuruh aku pun dah banyak menangis tanpa sebab.

tanya balik apa aku rasa sekarang? puas? dah makin kuat? tak mungkin.. apa yg aku buat ni.. bukan apa yg aku mahu. cuma aku dah tak larat lagi nak kira berapa tinggi telah aku kumpulkan kesabaran aku menjadi gunung. mungkin diapun akan kata.. sebanyak mana aku sabar.. diapon telah banyak bertahan… entahlaa… kenapa tiba-tiba aku rasa hidup ni terlalu komplikated. mungkin juga aku baru sedar yg berdiri didunia sebenar ni amat payah. selalu aku terlalu menganggap semua perkara mudah… semuanya kerana aku tak mahu terlalu pikir masalah. nak terus senyum.. tak nak mengalah.. tak nak bersedih apalagi buat org sekeliling aku sedih… dan yg paling utama tak nak wat org sekeliling aku bersimpati. tapi ade ke perkara dalam diri aku yg patut disimpatikan??

lagi 5 ari nak balik kampung… akhirnya aku terpaksa berhadapan dengan orang tua aku juga… tak dapat lagi berselindung. dan pasti mak akan bertanyakan aku dengan pelbagai soalan. pastinya aku seperti Epi Rafeeza yg peyakin. akan senyum.. danh mungkin juga akan lari masuk bilik .. tutup muka dengan bantal dan menangis.. kalau dulu time sekolah bila sedih aku akan ajak member kuar jejalan.. tengok alut ke.. mancing ke.. paling tidak sembang kosong.

tapi la ni … aku kena jadi lebih dewasa. biarpun org nampak aku ni cam bebudak je.. semua benda aku nak gelak… tapi sebenarnya jauh dalam hati aku Maha Pahit. la ni rasa nak gigit bibir… nak main ngn jari-jari aku… nak pejam mata. tidur adalah mati sekejap yg dapat melupakan ksedihan hidup dgn sementara. tapi… aku sebenarnya yg carik masalah…

okey.. bye..

Mungkir bahagia.

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 7:12 pm on Monday, June 12, 2006

Lirik Lagu "Mungkir Bahagia" - Hazami

Ooo..
Dihimpit dicengkam rindu ini
Gerimis duka ku
Menggamit kenangan silam
Resah dan pilu menghampiri

Sunyinya malamku kelam
Pedih kemelut cinta
Dingin kelu bicara
‘Tuk mengungkap rindu

reff:
Sayangku mungkir pada kejujuranmu
Menolak segala bahgia dihadapanku
Kasihku mungkir pada kata janjiku
Berlari aku jauh dari cintamu
Kukesali

Dikanyut dilambung ombak lara
Sepiku berkelana
Melayari jiwa nestapa
Menggagahi rasa kesayuan

Leburlah harapan cinta
Namun kesetiaanmu
Kugenggam bagai hukuman
Mengheret langkahku

Repeat reff [X2]

Maafkan daku
Kekasih hati cinta kita berakhir
Maafkan daku
Kerna ku memungkirinya

Maafkan daku
Kekasih hati cinta jadi begini
Maafkan daku
Ku mungkir bahagia

mesti selalu tersenyum..

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 9:27 pm on Sunday, June 11, 2006

2-3 ari ni aku dok bilik bantai tengok cd..dari citer korea..ke citer jepun.ke citer taiwan.. aku tak rasa nak buat mender pon. la ni malas rasanya nak pikir hal orang lain.. bak kata Lei dalam citer Meteor Garden " tak minat dengan hal orang lain".

citer pasal movie ni.. teringat aku masa Dr. Masrur tanya pasal feberet movie aku. tetiba aku blur. tak tau nak jawab pe.

"humor..comedy.." tetiba aku jawab tu. padahal aku langsung tak mau gelak tengok citer lawak. aku prefer citer yg emo dan sedih sebenarnya.pastu Dr. Masrur tanya aku pernah tak aku tgk citer BLACK. citer black ni hindustan.. aku lupa heroin die. tapi kisah amitabh bachan as a teacher yg nak ajar sorg gurl yg buta,pekak dan bisu utk berjaya. very da chalenging… citer ni bagi aku inspirasi lah gak walaupun tak banyak.

erm.. last week husin ade cakap.. kita hidup ni mmg banyak masalah. semua org ade masalah. walaupun masalah kita berbeza-beza, tapi semua orang ade "jiwa kacau" mereka sendiri. so, kalau kita menangis dan menyesal pon tak guna. kita kena senyum dan jalan terus. bak prinsip hidup aku.. "tak nak patah balik bila dah wat keputusan.. kena terus pandang depan.. aku ade terbaca sebaris ayat. "kita takkan berasa gundah kalau kita tahu apa yang dicari.." tapi aku selalu tak senang duduk.. berteka teki ngn diri sendiri… mungkin sbb aku tak tahu apa yang aku carik. yer kot… tak pa..tak pa..

kadang-kadang..aku menangis tanpa sebab. cuma rasa nak menangis je. banyak-banyak citer korea aku suka citer SWEET 19. citer pasal sorang awex tu yg hidup susah sangat.. tapi dia tetap tabah.. ke"strongan" dia tu..mmg aku suka tengok. samalah macam citer meteor garden. san chai mmg sweet sangat. keras degil.. tapi tetap happy. aku suka tengok citer-citer korea ni sbb selain dari citer die yg best.. aku suka tengok awex2 dia yg tabah gilos.. aku?? aku tak lah setabah tu..

tapi satu ayat dlm siri meteor garden yg wat aku suka tengok citer tu berulang kali ..san chai cakap kat dao ming si " tak kira orang lain nak cakap apa.. tak kisah kalau orang lain tak percaya, tapi Ah SHI  KENA PERCAYA …kena terus percaya pada San chai"

pastu ade satu lagi scene ..dao ming si lak kata " kalau kamu kata tak ada/tak buat.. maka aku akan percaya kata-kata kamu…kerana aku hanya percaya kamu..samapi bila-bila pun akan percaya"

erm.. betullah tu… aperpun kepercayaan mmg sangat penting. bila kita sendiri sangsi ngn org kita sayang… dah tak de maknanya.

menyakitkan bila kita tak dapat kasih sayang..

paling menyakitkan bila kita hilang kasih sayang setelah memilikinya..

dan yang lebih menyakitkan bila kita menyayangi tapi tak mampu nak luahkan pada orang yg kita sayang…

yg amat menyakitkan bila tak mencuba utk memepertahankan kasih sayang..

pernah mereka berkata " bahgia nya hidup mu epi.. selalu tersenyum"

dan aku hanya terus tersenyum. namun dalam hati aku berkata " semua orang berhak untuk berbahgia, tapi tiada siapa di dunia ini berhak mengatakan dirinya telah berbahgia. kebahagian itu bukan percuma.. buktinya orang yang kita nampak bahagia itu bukan memiliki kbahagiaan dengan mudah. mereka juga melalui jalan yang amat payah. bezanya mereka tabah dan telah berbuat yang terbaik utk diri mereka demi mencari kebahagiaan utk mereka."

key al..cau..

tabah kah aku?

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 2:48 am on Friday, June 9, 2006

malam tadi puas aku menangis… menangis lagi.. yerlah kat bilik tak de orang. aku tak tahu naper malam tadi betapa feminin nya jiwa aku.. mungkin gak sbb masa consultation hours ngn Sir Haris semalam dia tanya aku pasal rukun nikah…

malam tadi adik kesayangan aku bersms ngn aku… tanya pasal hal aku ngn dia.. erm.. banyak gak aku citer. tetiba aku rasa sayu sangat… then adik aku kata..

"aku no komenla… tapi ko pikir lah bebaik.. bcoz itu ko punya life. jangan ko nyesal lak di kemudain hari. baik ko balik tanya mak.. "

aku rasa itulah first time aku dengar ayat yg menunjukkan adik aku dah dewasa.. ekekek..

aku pon tak tahu aper relations test psychology yg aku wat kat bilik die dalam masa 20 minit tu ngn soklan pasal rukun nikah tu.. classmate yg kena consult ngn die.. kata dia garang..muka serius. tapi mungkin aku ni main ’sondol’ jer.. so dia wat muka serius pon aku leh gelak-gelak..

tadi kelas terakhir ngn die.. rasa sian lak dia pasal aku selalu menjawab dia. tapi classmate aku kata .. dia tu mmg kena jawab sikit.. ekekkee..

kat kelas tadik.. contoh2 yg dia ajar..semua pasal mencari pasangan.. sampai satu tu.. dia leh tanya … ciri2 lelaki idaman..

"u prefer lelaki fair ke black…skin.. " dak alin jawab. aku ngn zack kat blakang dok bantai gelak. pastu dia tanya lah..compare ngn diri die.. banyak yg aku geleng.. ekekkeke.. mesti kecik ati die..aku ngn zack gelak-gelak kat blakang.. aperpun..bagi aku tak der specific character utk lelaki idaman aku. cukuplah aku berasa selesa ngn die.. dan yg penting dia seorang yg penyabar macam ayah aku.. sbb penyabar tu sebahagian dari iman. kalau nak put iman as the first character aku rasa …susah nak carik.nak cari lelaki berharta @ kaya… bagi aku tu bukan jaminan bahgia.. utk aper rumah besar tapi sunyi..lebih baik rumah kecil sedehana dan saling memahami.. cewaah…

perpun.. bak kata Dr Masrur Alam khan… cabaran idup tu mmg sakit. tapi once bila kita dah step ahead menempuhnya kita akan enjoy. dan bila kita berada dalam cabaran itu kita akan belajar banyak perkara… dab bila cabaran itu berakhir, kita akan rasa betapa gembiranya dan hebatnya kita kerana berjaya menghadapi sebuah kepayahan…

samalah juga dengan membuat keputusan… ia mmg terlalu sukar. kadang menyakitkan kita.. dan kadang menyakitkan org disekeliling kita. tapi, kita harus percaya Allah tak pernah menjanjikan panas sepanjang hari… tanpa di duga Dia turunkan hujan… guruh..petir silih berganti. kemudian, ada pelangi indah…

key all.. tata…

hari ni rasa happy sikit..

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 10:55 pm on Wednesday, June 7, 2006

erm.. semalam aku dapat carry mark utk research method.. walaupun tak lah secemerlang mana.. tapi aku tengok list .. kira mantap gak lah..tapi aku proud lah ngn carry mark aku..sbb before mid term test aku cuma sempat masuk kelas 3 @ 4 kali… pastu markah assignment tu pon best. balik2 dari kursus tak tahu mende terus dapat assignmnet.. wat satu malam je,.,dah lah letih.. pastu quiz yg aku termiss tu pon aku dapat wat ngn baik.. 14/20. okey lah tu.. sbb aku baca sekali imbas je 3 chapter tu..sbb aku da stuck ngn banyak benda.

tapi bak kata DR. Masrur.. once kita go step ahead "mengorak langkah ke atas cabaran kita" kita akn rasa seronok.. bila diri diuji kita akan sakit..tapi bila kita berusaha tabah hadapinya kita akan rasa kita sangat hebat kerana dapat melalui saat-saat getir tu..

pagi ni bangun awal..try nak baca gak apa yg sir haris soh baca.. tapi otak dah pikir benda lain.. malas.. then aku main langgar je pi bilik dia. aku cuma baca 3 chapter.. tu pon chapter 1,5 ngn 7. lantak lah.. tup! tup…!

"are u ready for da test?" er.. aku tak tahu nak jawab..sbb nak jawab ready tak leh gak..takut bila tak dpt jawab nanti malu lak..nak kata tak ready.. tak leh gak coz last monday aku dah promises ngn die nak put more effort on this subject..

"erk..? ahh… " pastu dai tanya lagik.. dan dengan selamber nya aku jawab .. " ready kot.." pastu dia bagi aku test.. test utk chapter 3,4,5 dan 7. uwaa.. chapter 4 tu mampus aku tak baca.. tapi aku wat muka terer gak lah..

lepas tu dia tanda gak depan aku.. dari semua soklan tu aku salah 2 je.. pastu die kata .."ok gud!"

kembang lah aku..hah baru die tahu..aku ni walaupun x dtg kelas.. masa mula2 sem..tapi aku ni bukan lah lembap sgt.. (riak lah pulak..")

pastu dia tanya aku…

" what is the title for… prophet muhamad… isa.. ….." aku lupa giler.. jawapannya ulul azmi..tapi aku mmg stuck masa tu.. sungguh lupa.. then aku jawab..

" sir.. i forget the title.. but if u mention the title.. i’ll able to say it is yes or no..true or fales.." then.. die pon terkial-kial gak.. thendia tanya lain..

"kalau org pass away.. u buat solat apa?"

"solat jenazah."
"kalau kita betul nak sumthing wat solat apa.."

"solat hajat… confius between two.. wat lah solat istukharoh." isk..ade kaitan ke soklan ni ngn consultation hours aku.. macam kelas islamic ethic / tak pon fadhu ain lak,,,

pastu dia tanya lagi aku pasal 4 mazhab.. then pasal apa-palah… yg aku tak tahan soklan last tu..

" kalau nak kawin… kita kena ader pengantin pompuan..pengantin lelaki.. dan apa lagi ? " haa..aper jenis soklan dah.. pagi2 tanya hal kawin..

" kena ader wali..tok kadi.. ijab & kabul … hantaran..mas kawin.. ticket honeymoon.." pastu dia gegelak.. isk.. related ke soklan ni ngn klas psychology aku.. tadi aku cuma cakap aku tak minat subject memory..

pastu dia cakap.. " banyak juga yang u boleh ingat.. bezanya yg saya tanya tu hal-hal agama.. yang ni topic psychology.."

erm..yerlah tu sir.. malas lah aku nak menjawab lagik.. soklan agama yg dia tanya tu anak sedara aku darjah 2 pon leh jawab.. soklan psychology tu need more attention.. isk..

tak perlah asal sir puas dapat tanya saya soklan2 tu semua… anyway sir thanx for everything…

then… aku terus pi klas research method.. tak lah best sgt kelas arini..letih.. pi lab jap… boring… 

menyampah tull!

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 3:03 am on Monday, June 5, 2006

baru je lepas test.. ermm.. rasanya, tak lah susah sangat..banyak topic yg aku baca dr chapter 1-3, tapi sikit je yg kuar.. pagi tadi aku kena ngadap Sir. Haris lecturer kelas pscy aku… menyampah tul.. before tu bebudak ni jumpa dia 10-15 minit je..tiba aku kena 40 minit.. hampeh tul.. lama giler dia interview.. banyak lak nak tanya.. siap leh gaduh2 lagik..

mana tak nya.. dia tu pscycho aku je lebih.. kena lah kan aku menjawab je.. menyampah aku.. come on la.. ni political science nya budak la.. tak de soklan tak leh di jawab.. ekekkekee…

melawan punya melawan.. dia soh jumpa lagi dia kamis ni.. kononnya nak cover balik markah attendance aku yg aku absent selama 3 minggu tu. tapi sebenarnya dia saja nak bagi aku penyakit..atau mungkin aku gak yg cari penyakit ni.. ekekeke..

"okey..baca semua chapter dalam text book, kamis nanti saya akan test awak.." (dia cakap dlm ENGLISH..saje aku translate dlm bm. senang sikit..

"okey.." itu je aku jawab..

before tu aku dah di experimentalkan.. ade ke dia soh aku bangun then angkat tangan kebelakang…sampai nak terseliuh tangan aku..

"make it better… "

‘aku ubahkan tanngan aku dr tapak tangan ke atas la ni tapak tangan ke bawah..

"so any differences?" tanya lak…

"the first one..sakit.." apa sebenarnya ni? errhhrgrhh..

then… bincang-bincang lagi.. argue itu ini. pastu dia kata lak aku ni kompius ngn diri sendiri. tak clear ngn stand aku.. pastu aku jawab lah..

"saya rasa sir yg tak clear ngn saya,..saya clear ngn diri saya..dan statement saya.." menjawab lagi..

"can i ask u up to the personal Q?" ermm..nak tanya-tanyalah.. menyampah aku. rasa dia ni saje nak curi masa aku. lastly aku rasa…

" sir.. saya ade test kul 2 ni.." saja tipu..test pukul 4 petang.

"sabtu ade test then arini pon ade test subject yg sama..? "

"yes..!! last saturday mid term test.. today quiz yg saya dah ter "miss". "

akhirnya… aku pon blah.. rasa lega.tapi, ingatkan yg aku kena jumpa dia lagi kamis ni utk diexperimentkan.. rasa cam nak makan je buku text tu.. ahh.. tak habis2 aku kena study this sem.. esok lak kena amik extra work dari DR. MASRUR!! ahhh bagai nak giler… tak pa.. tak pa…

my saturday

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 9:57 pm on Friday, June 2, 2006

hari ni rasa badan cam tak sedap.. lagipun da 2 ari aku sakit tekak. sakit giler.. 3 days ago aku pi klinik dia kata tekak aku mmg merah.. infection tah kebendanya aku dgr.. tapi, la ni makin sakit lak..

bangun pagi.. kul 6. lps solat subuh tidur balik.. tidur2 ayam je.. coz aku lom baca 2 algi chapter… dah lah pagi tadi aku ade exam.. so, tgk jam kul 7. aku paksa diri bangun.. mandi lebih kurang.. sejukk!! then, sambung baca buku sambil makan semua 4 buku roti sweeties cekelat feberet aku… lapar sangat. malam tadi dah laa ade klas sampai kul 10. then kena turun naik blok minta kunci bilik lama ngn pak guard. letih…

tapi, Alhamdulillah… walaupun tak de lagi special card wish aku "gud luck" tapi aku tetap gagah lagi perkasanya pi mid term test.. bayangkan 3 minggu aku cuti.. balik sini attend 1x je klas.. pastu lecturer aku pi England 2 minggu. baru minggu ni aku masuk klas betul..then terus amik mid term test.. ditambah dengan masalah turun naik kuliyah dan dept. so, tak banyak ilmu yg ada daalm otak.. study cuma satu malam dan pagi tadi.. based on text book. pepaham lah sendirik.. then masuk test. tapi Alahamdullillah… aku leh kata.. "senang je soklan tu.." sbb mungkin aku dah janji ngn Dr. Masrur aku leh buat walupun tak masuk kelas.. salah ke aku? tak… semua akan jadi okey..

then… pi lab jap. balas email sorang kakak yg aku nak "NGAP!" :)

key laa… tetiba tak de mood lak… cau cin cau…

aku mesti jadi tabah

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 7:31 pm on Thursday, June 1, 2006

malam tadi.. lama aku termenung… dr petang semalam, hujan lebat yg mmg sgt lebat2 seolah2 menangis bagi pihak aku. aku? nak nangis..?? no more airmata.. mungkin juga airmata aku pon dah malas nak kuar.

semalam aku kena perli lagi dgn lecturer aku. segan..? malu? marah..? entahlah aku rasa la ni aku adalah manusia tanpa apa-apa perasaan. semalam aku turun naik.. ke bilik Dr. Masrur, ke Kuliyah.. jumpa Dean of Kuliyah.. then Dr. Masrur asked me to see Head of Dept. banyak lak org atas yg aku kena ngadap..padahal hal ni simple jer.. karang aku geram aku wat muka seposen je drop this subject..so, pagi ni kebetulan kelas Sir Haris tak de klas.. so aku pi lah jumpa ngn Dr. Wahabuddin my head of Political Dept. discuss punya disscuss then dia kata .." dont worry sister.. i’ll help u.." aku rasa sikit lega ..but then, "sir u have to help me.. u must… dept psychology accepting my case… u should help me bcoz i’m majoring in poli sc ."

dia senyum… "yes i know.. i’ll see Dr. Masrur…" erm.. sem ni aku penin paler sikit.. 2 minggu ni lak aku kena menghadap 3 lecturer dari 3 dept. yg berbeza, my head of political sciences dept (cakap and buat kejer as a politician) , Dr Masrur from mass comm dept..cakap pon macam dia sorg tahu communicate. then, sIR Haris from psychology Dept. tak habis2 nak psycho aku kat dalam kelas… but.. paling best my head of student affairs (kuliyah of Human Sciences). very understanding… yg penting sekarang, aku tetap nak pi jepun… Kagoshima University (school of law and policy) waa.. macam best jer… takpun Rikkyio Unversity (college of Law and politics) uwaa…

"u want to be a great political scientist right?" erm.. nak uji aku ke Dr. Wahab ni?

" sir… i just to be a policy maker… or malaysia ambassador to japan.."

"oo u can.. be a model of any product…" wat lawak lak pak cik ni..

akhirnya… petang ni segalanya settle.. Thanx God.. lepas solat jumaat aku turun pi lab sbb da janji ngn Leha nak amik text book Research Method. sebelom pi lab tadi aku singgah jap bilik Dr. Masrur Alam Khan, tapi dr luar aku dengar org tengah meeting… aku rasa Dr Wahabbudin tgh setelkan my cases.. then, aku terus pi lab. jumpa Leha..

"ala  rileks laa…" itu je Leha pesan…

then … jam dah kul 4 ptg.. aku gagahkan juga gi bilik die.. kebetulan dia nak kuar dah…

"sir.."

"yes Rafeeza… come.. u are so lucky! the   head of dept come to  discuss bout ur case. he is very concern… " uwa…

yerlaa.. bukan salah aku pun…. aku adalah manusia yg teranianya…ni semua person in charge nye pasal.. person in charge tu pon tak pasti akan kewujudannya.. but everything is based on my CGPA gak… takkan kerana satu subject tu.. aku nak gadaikan penat lelah jaga pointer selama 3 tahun ni.

tapi aku minta maaf juga kat classmate aku or  junior2 wataniah aku yg terpaksa turun naik kuliyah juga disebabkan case aku.. apa nak wat.. last minit Dr. Masrur say the excuse letter is NOT VALID. tapi korang patut berterima kasih gak ngn aku..coz aku lah pioneer utk mendapatkan sokongan dari Head Of Department. kalau tak semua pon tak selamat… tapi, keje aku da disetelkan oleh Dr. Wahab.. hangpa lak yg kena setelkan masalah hangpa sendrik.. kena minta signature lah..bagai2 lagi… aku.. tak kena.. ekekkeek…

so, aku mmg kena struggle…but thanx sesangat kat Dr. Wahabuddin.. coz tolong aku. dia sendrik turun bilik lecturer aku disccus and of coz tolong aku. so, aku sokong die terus jadi HEAD OF POLITICAL SCIENCES! thanx untuk Dr. Masrur juga…

aperpun tanggapan korang… walaupun sir. haris kata aku tak komited ngn kelas.. tapi aku dah tunjuk the best thing.. ader  org ygy dapat result test aritu lebih teruk dari aku… huh! jgn ingat aku tak dtg klas.. aku x amik serius ngn exam.. so now.. baru nak bukak mata!

aperpun untuk semua dak wataniah uia.. aku nasihatkan.. berilah komitmen kepada keduanya… active wataniah jangan lupa study.. dan tolong jangan jadikan wataniah sebagai alasan utk tak bleh score dlm study.. and jgn gak jadikan alasan study tak leh involve ngn wataniah.. peganh my words…

"love ur study as well as ur country.."

"bila ku jejakkan kakiku ke pasir, ikutlah dibelakangku utk berjuang. jika mereka kata perjuangan itu pahit…sahutlah olehmu syurga itu manis.."

kita ader dua battlefield… dewan exam dan medan peperangan… be the best!!! hanya manusia terpilih sanggup berjuang utk keduanya… kalau takut, jangan sarung baju loreng!!!

for time being.. aku nak pikir pasal my study… nak score for my final year!! cayok!!! bravo! 

may God BLESS people around me.. then people around me’ll ask God to bless me.. ekek.. key all bye… 

« Previous Page