menanggung derita ini..
sembilan hari aku kat rumah.. dari hari pertama hanya mak yg bersuara. hanya mak yg sayu..sedih.. terkilan.. dan yg sewaktu dengan perasaan itu. sebagai rumusan mmg mak tak dapat terima yang antara aku dan dia dah "BERAKHIR" noktah! dan selama sembilan hari itu juga aku cuba tahan sebak.. tahan airmata dari jatuh depan mak. bila terasa nak menitis airmata ni, aku cepat-cepat pandang arah lain.. tak sanggup…
pagi ni.. aku bangun awal, tapi masih bergolek-golek atas katil. rasa berat nak tinggalkan rumah.. tapi lebih berat dan lebih payah kalau aku terus kat umah ni..selasai mandi.. kenakan jeans Diesel hitam.. t-shirt cream. simple sesimple yg mungkin.
"abah dah beli nasi lemak tu.. sarapan dulu.." jam pukul 830 pagi. tanpa banyak songeh aku terus ke dapur..ader 2 bungkus nasik lemak. aku betul2 tak selera..tapi utk jaga hati mak aku makan jugak. terasa nasik tu sangat keras.. sambal terasa amat pedas.. tak masuk tekak. tetiba my dad duduk kerusi sebelah aku. alamak..!!
" jangan gaduh… abah tak suka korang gaduh.." aku diam. itu lah pertama kali pertama abah menegur aku tentang hubungan yg dah hancur ni! aku cuma diam.. pagi ni dari bangun tidur belum ader satu words pon yg kuar dari mulut aku. aku tak bleh nak berkata-kata. aku sure, kalau aku cakap pasti nada nya berbeza.. terketar dan aku mesti akan menangis lagik! kemudian.. abah ulang lagi.
"jangan gaduh-gaduh.." bukan gaduh ba… dah hancur pon… aku ceapt-cepat abis kan nasik lemak tu. belom terkunyah yg kat dlm mulut, aku sumbat lagi. dalam hati aku harap abah bangun.. sbb airmata aku dah nak kuar ni.. tapi abah tetap bagi ansihat itu ini.. ade nada terketar-ketar dari suara abah…
mak cium aku berkali-kali sebelom aku tinggalkan umah.. aku hanya kaku..
"nak abah hantar ker?" aku menolak.. atas alasan nak rasa naik bus dari kampung aku ke kota. then dari kota-jb-kl.
akhirnya… aku sedikit berjaya dengan tidak meninggalkan airmata kat umah ni..terima kasih utk semua member-member yg sudi lepak-lepak umah aku… sorry aku terpaksa balik KL awal..
Tiada Jodoh Antara Kita (ziana zaiN)
Mungkin ada rahmatnya
Kita tidak bersama
Andainya diteruskan
Apakah kesudahan
Itulah ucapanmu
Dihujung pertemuan
Kuat mana diikat
Pasti akan terlucut
Andai disambung lagi
Tidak sekuat dulu
Kerana cuma aku yang menarik
Bukan lagi tanganmu
Tak guna mendustai
Pada diri sendiri
Sedangkan rindu itu
Sering mengganggu
Salah usah dicari
Seharusnya berdua
Kita menghadapi menanganinya
Pada zahir tidak terlihat
Ada garis yang terbentang
Tapi batinku sering berkata
Biar ada batasannya
Walau tidak di sini
Cinta kita bersemi
Berkat keyakinanku
Dan doaku pohonkan
Moga diperkenankan
dipertemukan
Suatu masa nanti
Suatu masa nanti..oh..oh