:: The True STORY of STOLEN HEART ::

yesterday… you secretly stole my heart.. Today…. I knew i have found the happiness that i so desire i’m grateful that u chose such a perfect thing to symbolize our perfect love. what is better place than this to share about our love from the first time we met…. Here the story of Bucuk & Musyuk…

melangkah terpaksa…

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 7:45 pm on Thursday, June 29, 2006

menanti sebuah jawapan..

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 2:05 am on Thursday, June 29, 2006

Boring.. letih..banyak benda kena wat hari ni.. tapi terpaksa gak wat..kuar bilik kul 9 lebih.. regist bilik then pi ITD lab.. memain intenet jap sementara tunggu intan call. nak pi kl jap beli barang2 tu.. erk..

then pi celcom.. setelkan masaalh yg wat aku serabut… ahh ari ni tak de mud lah nak ber blog.. blah dulu la… :(

Menanti Sebuah Jawaban - Padi

aku tak bisa luluhkan hatimu
dan aku tak bisa menyentuh cintamu
seiring jejak kakiku bergetar
aku tlah terpagut oleh cintamu
menelusup hariku dengan harapan
namun kau masih terdiam membisu

reff:
sepenuhnya aku ingin memelukmu
mendekap penuh harapan ‘tuk mencintaimu
setulusnya aku akan terus menunggu
menanti sebuah jawaban ‘tuk memilikimu

betapa derunya rindu menusuk jiwaku
semoga kau tahu isi hatiku
dan seiring waktu yang terus berputar
aku masih terhanyut dalam mimpiku

repeat reff:

aku tak bisa luluhkan hatimu
dan aku tak bisa menyentuh cintamu

menanggung derita ini..

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 3:42 am on Wednesday, June 28, 2006

sembilan hari aku kat rumah.. dari hari pertama hanya mak yg bersuara. hanya mak yg sayu..sedih.. terkilan.. dan yg sewaktu dengan perasaan itu. sebagai rumusan mmg mak tak dapat terima yang antara aku dan dia dah "BERAKHIR" noktah! dan selama sembilan hari itu juga aku cuba tahan sebak.. tahan airmata dari jatuh depan mak. bila terasa nak menitis airmata ni, aku cepat-cepat pandang arah lain.. tak sanggup…

pagi ni.. aku bangun awal, tapi masih bergolek-golek atas katil. rasa berat nak tinggalkan rumah.. tapi lebih berat dan lebih payah kalau aku terus kat umah ni..selasai mandi.. kenakan jeans Diesel hitam.. t-shirt cream. simple sesimple yg mungkin.

"abah dah beli nasi lemak tu.. sarapan dulu.."  jam pukul 830 pagi. tanpa banyak songeh aku terus ke dapur..ader 2 bungkus nasik lemak. aku betul2 tak selera..tapi utk jaga hati mak aku makan jugak. terasa nasik tu sangat keras.. sambal terasa amat pedas.. tak masuk tekak. tetiba my dad duduk kerusi sebelah aku. alamak..!!

" jangan gaduh… abah tak suka korang gaduh.." aku diam. itu lah pertama kali pertama abah menegur aku tentang hubungan yg dah hancur ni! aku cuma diam.. pagi ni dari bangun tidur belum ader satu words pon yg kuar dari mulut aku. aku tak bleh nak berkata-kata. aku sure, kalau aku cakap pasti nada nya berbeza.. terketar dan aku mesti akan menangis lagik! kemudian.. abah ulang lagi.

"jangan gaduh-gaduh.." bukan gaduh ba… dah hancur pon… aku ceapt-cepat abis kan nasik lemak tu. belom terkunyah yg kat dlm mulut, aku sumbat lagi. dalam hati aku harap abah bangun.. sbb airmata aku dah nak kuar ni.. tapi abah tetap bagi ansihat itu ini.. ade nada terketar-ketar dari suara abah…

mak cium aku berkali-kali sebelom aku tinggalkan umah.. aku hanya kaku..

"nak abah hantar ker?" aku menolak.. atas alasan nak rasa naik bus dari kampung aku ke kota. then dari kota-jb-kl.

akhirnya… aku sedikit berjaya dengan tidak meninggalkan airmata kat umah ni..terima kasih utk semua member-member yg sudi lepak-lepak umah aku… sorry aku terpaksa balik KL awal..

Tiada Jodoh Antara Kita (ziana zaiN)

Mungkin ada rahmatnya
Kita tidak bersama
Andainya diteruskan
Apakah kesudahan
Itulah ucapanmu
Dihujung pertemuan

Kuat mana diikat
Pasti akan terlucut
Andai disambung lagi
Tidak sekuat dulu
Kerana cuma aku yang menarik
Bukan lagi tanganmu

Tak guna mendustai
Pada diri sendiri
Sedangkan rindu itu
Sering mengganggu
Salah usah dicari
Seharusnya berdua
Kita menghadapi menanganinya

Pada zahir tidak terlihat
Ada garis yang terbentang
Tapi batinku sering berkata
Biar ada batasannya

Walau tidak di sini
Cinta kita bersemi
Berkat keyakinanku
Dan doaku pohonkan
Moga diperkenankan
dipertemukan
Suatu masa nanti
Suatu masa nanti..oh..oh

mengulit kenangan..

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 12:26 am on Tuesday, June 27, 2006

dari malam tadi.. mak sentiasa dok kat tepi aku.. malam tadi mak dok teman aku tengok tv sampai kul 12. selalu kul 9 mak dah tidor… banyak mak cakap tapi mlm tadi aku lak yg ngntuk..

pagi tadi… kepala aku sakit lagi.. call dr koperal nurul malam tadi buat aku buat keputusan sebenar utk balik KL. pagi tadi call sarjan suhaimi comfirmkan balik.. yup! mmg kena balik KL.

balik rewang umah jiran mak terus ke dapur.. aku dok layan anak sedare makan nak gi sekolah..

"jadi balik KL esok..? " antara dengar ngn tak suara mak. aku tahu mak berat hati nak lepas aku balik. mungkin mak dapat rasa alasan sebenar aku buat benda ni semua..

"jadi.." jawab aku simple. sambil sengih2 macam kerang busuk.

"raya nanti ke baru balik lagik? "

"ye kot.. " jawab aku ringkas… macam nak kuar airmata aku. tapi sebelom airmata aku kuar.. airmata mak lebih laju dari aku.

"cubalah berbaik.. kalau mmg dah tak boleh.. lepaskan lah.."

" mak.. sudahlah.. org okey. mak tak yah lah sebut pasal dia lagi mak. serabut.. " aku cuba bela diri sendiri.. mak diam.. then mak cakap lagi..

"mak teringat dia datang sini,.. bangun awal tunggu mak buat sarapan.., jemput mak kat Pudu ….." aku cepat-cepat angkat pinggan. bawa pi singki.. cuba tahan airmata dari jatuh. dah janji, balik kampung ni nak tunjuk muka tabah. tak nak menangis depan mak pasal hal ni.

"mak..sudahlaa… tak de jodoh.." itu je yg aku selalu ulang…

aperpun.. thanx alot pada mak sbb cuba utk paham dan selam hati aku.. timer kasih atas hadiah befday tu.. satu kat lengan aku..satu lagi kat lengan mak..

"nah… ni jaga baik-baik.." seutas gelang tangan emas… sama ngn mak…. timer kasih mak.. luv u so much..!!! soooo much!!

la ni cuma ader mak ngn my luvly dad..

ibu…mengertilah.

aku sengsara ..lemas berendam airmata

rendang kasihmu … (hattan)

untuk dia yg pernah aku panggil "my hero"… bila za tak der abg kena pandai bangun pagi, za dah tak dapat nak kejut abg tiap pagi…waktu lunch jgn lupa makan.. za takkan call lagi utk ingatkan abg.. tapi mesti ingat jgn makan timun & terung.. jangan gosok hidung, rajin sapu ubat. mesti rajin joging tiap petang walaupun za dah tak dapat nak teman abang joging kat titiwangsa macam selalu.. jgn lupa za selalu pesan banyak minum air masal lepas merokok.. kalau shopping beli baju, kena pandai pilih yg seswai.. za dah tak dapat nak pilih kan utk abang macam selalu.. jgn banyak beli baju kaler biru. jgn lupa jaga jari kaki abang… jgn jadi macam dulu..

bila abang tak de, za pon akan blajar pergi klinik sendrik. pergi pudu sendrik… dan pergi bengkel motor sendirik. kalau komputer za rosak za pon dah tahu cam ne nak buat.. zapon dah blajar pi latihan naik 3 ton..

walaupun dah tak der org nak wish gud luck time za exam.. za tetap akan struggle utk itu.. walaupun dah tak der org nak payungkan za time hujan, za tetap kena jadi org tabah. za janji akan suka kucing dan tak takut kucing lagi… tapi, timer kasih sbb abg selalu setia halau kan kucing bila dia dtg kat meja makan kita.. abang… thanx for everything…. thank you so much.. lepas ni za dah takder untuk sepahkan kereta abang.. dan za dah tak der utk tukar chanel radio dlm keter bila siti nurhaliza nyanyi.

timer kasih.. setiap tin 100 plus yg abg hantar setiap kali za "off duty". terima kasih ngn rose kuning feberet za yg abg hantar masa za majuk dulu..terima kasih mee bandung feberet za yg abg hantar waktu lunch dulu…

Mengulit Kenangan

Masih berbunga cintaku ini
Harum dalam kenangan
Biarpun telah engkau calarkan
Kuntum-kuntum rindu

Masih berdarah lukaku ini
Pedih menikam jiwa
Simpulan cinta terlucut kini
Menyapalah derita…

( korus )
Bukanku mengungkit kisah lama
Sekadar mengulit kenangan
Kasih sayang yang kita semai
Ketandusan…

Mengapa terjadi perpisahan
Di kala aku memerlukan
Secebis rindu menghias kamar
Kegelapan…

Rela aku begini dan terus begini
Merawati kelukaan…
Semoga suatu hari ada sinar sang suria
Menerangi..

Tiada guna ku tangis ratapi perpisahan
Yang berlalu biarkanlah…
Kerna aku percaya sebalik kedukaan
Ada bahagia…

Masih berdarah lukaku ini
Pedih menikam jiwa
Simpulan cinta terlucut kini
Menyapalah derita…( 2X )

bentangkan ku permaidani..

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 8:26 pm on Sunday, June 25, 2006

awal pagi ni.. aku cuma tengok makwat cekodok.. abah kuar kedai awal pagi beli roti canai… selalu kat uia muka roti canai juga aku cari bila jarum pendek jam ke pukul 5. tapi kat rumah ni roti canai tu buat muka sedih sbb aku tak larat nak sentuh.. seminggu aku cuti kat umah. banyak perkara yg aku tak sangka terjadi. tapi yg paling aku tak dapat dan tak larat nak dengar … kata-kata mak pasal dia. puas aku terangkan tapi mak tetap bersedih.. lebih sedih dari aku.

"sudahlah mak.. dah takd e jodoh.." sepatutnya ayat tu mak aku yg cakap kat aku. pantang nampak aku senyum…mak mulalah menyusun ayat..

"piza..bla..bla..bla.." mak..asal mak tahu anak mak ni dah puas nangis. la ni anak mak yg keras kepala ni nakberdiri dan tak nak jadi lemah. so, mak kena always support key.. senyum anak mak ni banyak rahsianya.. gelak anak mak ni sembunyikan banyak duka.. tapi apa lagi yg anak mak ni leh buat selain ketawa.

adanya dia buat aku sikit bahgia..rasa gembira dan rasa happy. tak tahu kenapa, bangun pagi aku akan tengok screen hp. kalau-kalau ader sms dia… berharap? tak sama sekali.. akupun pernah kata pada dia.. "tak mungkin dapat terima.." . dah kunci.. nak dok sengsorang.. tak nak terima sesape.. tu lah ayat yg aku bagi kat dia selalu. tapi honestly, niat baik dia tu bantu aku untk hidup semula. tapi bak kata aku … "tak de alasan utk aku percaya semua tu.."

thanx for always be my side… utk dia yg pernah aku panggil hero. semoga abang bahgia dgn cara yg abang sendiri pilih.

pagi tadi sms dari dia yg aku pernah panggil hero.. sentuh hati aku.. tapi pada aku hasilnya tetap sama. ego yg menggunung hanya akan bawa kami pada satu kehidupan yg akan berkahir dgn sangat sadis. walaupun masih sayang tapi aku sedang berusaha utk buangkannya.. pada aku past is past… sekuat mana keinginan aku sendiri akan padamkan rasa tu. sebanyak mana aku rindu, aku sendiri akan lupa..

aku perlu berdiri semula… dan pilih jalan hidup aku. tapi aku tak pernah lupa janji aku yg satu tu., pada dia..!!! walau bukan sekarang, tapi aku akan buktikan juga..

memang betul org kata… " org yg kita suka @ sayang tak kan paham.. kita kena berani buat dia paham.." past is past…

Permaidani

Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari

Oh… nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini

my life..

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 1:22 am on Sunday, June 25, 2006

Just go with the flow and enjoy the fact that change is constant. In a way it’s freeing — don’t let yourself get worried about a certain delay. When the time is right, it will happen! so move forward without hesitation.

tinggal 3 hari lagi nak balik KL… da seminggu jln kan tugas as surirumahtangga sepenh masa.. actually part time je.. mak yg banyak wat kejer.. aku tolong sesikit je.. ekekek.. jahat tak? tadi adik balik.. nak sgt makan ikan pari masak pedas.. tapi aku masak kupang je.. hentam je lak tu. adik aku tu mmg banyak songeh! malang sungguh sape dapat die.. tapi sape dapat kakak dia lagi malang kot. ekekek..

ari ni happy sikit compare dgn hari-hari sebelumnya.. :) pi kedai gunting rambut sikit.. erm.. selalu angah yg tolong potong. tapi smlm tak terpikir lak nak kerat rambut ni. tapi bangun pagi ni rasa rambut ni macam menyibuk je.. so suddenly i decided to "potong habis!".. erk.. ekekeke.. new fashion.

erm.. lagi 3 hari terpaksa say gud bye to kota tinggi.. sorrry ek, KL da menjerit. i have to go.. :) to all my frens kat kampung sorry., aku tak dpt spend byk masa ngn korang.. sorry lah ek.. jumpa lagi raya nanti.. :) lambat lagi nak raya.. ekekke

Oh sayangku
Lupakanlah semua
Hajat untuk memiliki
Diriku ini
Tak sanggup rasanya dirimu dicerca
Maka retak kasih saudara

Kita saling kasihi
Jadikanlah itu memori
Sayangku moga engkau tahu
Tidak semua cinta bersatu   (hajat-haida)

keras kah hati?

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 1:51 am on Friday, June 23, 2006

"jangan keras hati sangat….." sms tu wat aku pikir sekali lagi. keras sangat ke hati aku sekarang ni? atau aku sajer buat-buat yg hati aku ni keras? entahlaahh..aku rasa aku cuma biarkan segalanya berjalan as natural as it can be. nothing to be decided.

dok umah tak sampai separuh cuti penuh aku. i have to go back to KL.

"tak balik tak bleh ker?" mak mula berbunyi.. yelah dah 6 bulan aku tak balik. ader cuti 3 minggu, aku nak cepat2 balik KL.

"mak…" aku merengek minta mak paham apa yg aku sedang dan nak buat. awalnya mmg aku nak habiskan cuti ni kat kampung je.

-huda tunang 8hb ni, kita pergi sekali ngn cik kher ek..- sms tu aku tak delete lagi. mmg rancangan awalnya aku nak balik KL 9hb, so dapatlah aku pi majlis tunang huda my best fren since sekolah rendah. wat aper sesama. mana nya kami tak close, umah pon belakang umah aku je. dari umah aku leh nampak bumbung umah die.

masa sekolah dulu kami 12 org mmg best fren. and always tanya "saper antara kita yg gatai nak kawin dulu??" hheheee… dan semua org akan kata "EPI". no komen.. tapi, la ni ader 4 org termasuk aku yg asek pikir soal study.

"ko jgn lambat2 pi.. nanti ko nyesal. member2 semua dah on.." gulp! tu member kampung aku nye ayat. kalau membe2 aku kat ia punyer ayat. "alah rilex la… aku nak wat master dulu.. aku nak kejer dulu.. aku nak gi bljar luar negara dulu.." erk.. women nowdays..

aku? hahahhaa…"rahsia negara.." no answer… no komen kot. hanya aku je tahu apa sebenarnya berlaku.. and of coz Allah knows.. for time being i love my life. hidup aku sekarang wonderful. yer ker..?? ye kot..

BIARLAH RAHSIA 

pernahkah kau termimpi
seketika berada di tempat ku
membayangkan pahit manis berlaku
tak siapa yang tahu
mungkin nanti kau jua merasakan
berdepan dengan kata menyesatkan
tak kan ku melupakan
tiada pertimbangan
keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiadaku menjauhi
dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantasku pendam
ku putuskan
biarlah rahsia
semakin aku hitung dalam cinta
tiada kuasa mampu menghalangnya
hentikan kata-kata bertulangkan dusta

masih ada yang sayang…

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 12:20 am on Tuesday, June 20, 2006

semalam adaerlah perjalanan aku yg amat mencabar. dari KL-kota tinggi.. dari uia naik bus kl 830. samapi pudu kul 930. terus akak kat akunter tu offer tiket kul 930. aku pon beli je lah.. takut gak bus dah lepas.. turun je platform 10 bus dah jln.. uwa…dgn high heel aku t..aku berlari gak kejar bus.. siap ketuk2 dinding bus lagik. nasib baik drebar tu perasan.. kalau tak malu je aku lari..

"timer kasih bang.,." hehehe sebab dia berenti aku panggil lah bang..padahal pakcik drebar.

"EPI!! EPI!!" aku dengar org jerit nama aku dari dalam bus.. aku tak nampak saper.. cari tempat duduk ak..

"epi" sarifah (bukan nama sebenar.. duduk seat depan aku.kebetulan lak satu bus. ader gak kawan nak borak..

samapai umah kul 3 ptg. samapi umah .. cium mak ngn sgt banyak.. mak nangis lagi pasal hal aku.padahal aperpn aku lom citer.. entah la.. tak yah lah aku share kat sini. sat lagi aku lak yg nak beremosi. biarlah ia hanya sekadar sejarah..

2 hari kat umah banyak tugas nak wat… erm..letih.. musim ujan lak tu.. tak perlah… key all my frens.. thanx for always be my side..

setelah aku korban segala-galanya..namun……

Kota Tinggi Menjerit…

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 8:42 pm on Saturday, June 17, 2006

selamat tinggal KL….tapi hanya untuk tempoh 3 minggu.. mungkin juga 2 minggu je.. abis rasa rindu kat kampung, semester 1 akan bermula.

just finished my final exam for this semester.. everything going naturally as time goes.. abih sem..naik sem baru.. student life. 4 tahun menunggu tapi dihujung masa utk aku raikan "calon konvokesyen uia 2007" orang yg tunggu dah tak sanggup nak tunggu…

"kalau saya grade nanti saya blanje awak makan satey kajang.." itu janji aku masa dia bagai sorg abang pada aku.. proximity..interaction and attraction bawa kami pi satu relations yg kononnya meyakinkan tapi kini menyakitkan..

final exam dah abis.. pasni aku kena kemaskan bilik sebab sem depan aku pindah bilik baru..

"epi.. ko satu bilik ngn Fad" errm.. riuh lagi lah bilik aku sem depan. tukar rumates. most of the student isi form with their partners tapi aku dari sem satu tahun satu tak pernah choose partner. pada aku biarlah college office yg tetap kan.. kalau choose rumate boring gak.. nanti ngn member sendrik.., coursemate..classmate.. pastu nak jadi rumates.. asek ngadap muka dan jumpa perangai yg sama.. mesti tak seronok. so, every sem aku dapat rumates baru.. perangai baru…

Ketika kuputus kasih
Kau berikan ku semangat
Kisah lama
Tak lagi teringat
Hampir-hampir kuterlupa
Di sini lebih bererti
Tak terbanding dengan di sana  (scan)

my first paper

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 2:52 am on Saturday, June 17, 2006

aku rasa..sepanjang aku kat uia. ni lah paper paling aku tak der mood nak pi exam.. dah lah dr semalam apa yg aku baca macam main tarik tali ngn aku. kuar masuk.. blur… malam tadi aku tidur sampai kul 3am. tak baca buku pon after 11pm.. aku dok belek2 segala khazanah dalam pc aku..

then paksa diri utk lelapkan mata. dengan pelukan yg kuat membenamkan muka kat perut tuah yg hangat.. airmata mengalir.. itu adalah adiahdari dia masa befday aku yg ke 19. teddy bear yg lebih besar dari aku..nama dia TUAH.

pagi tadi lepas solat subuh aku tidur semula.. mimpi lak yg pelik..tidur tak berapa nak nyenyak.. aku bangun. mandi..pi cafe ameenah nak carik benda nak wat breakfast. tapi tak der apa yg menyelerakan… balik bilik… sepahkan buku-buku dan notes atas carpet.. peluk TUAH…

then.. beborak ngn rumate aku yg baru abis kursus kat ministry of foreign affairs.. memacam dia citer..

"best epi…muda-muda lagi PTD nya…" ni wat aku pon nak terjun jadi PTD.tak pon terus jadik menteri kat situ.. ekekke..

aperpun… bukan mudah… study kena abis kan dulu…

"life is wonderful"

Next Page »