:: The True STORY of STOLEN HEART ::

yesterday… you secretly stole my heart.. Today…. I knew i have found the happiness that i so desire i’m grateful that u chose such a perfect thing to symbolize our perfect love. what is better place than this to share about our love from the first time we met…. Here the story of Bucuk & Musyuk…

Hanya Pada Mu…

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 2:36 am on Thursday, May 25, 2006

Tuhan jua Maha Mengetahui apa yg terbaik.. betullah org kata kita hanya mampu merancang… kalau Allah kata ia tak mungkin terjadi, tanpa izinNya ia tak mungkin terjadi.

Lama aku tunggu… doa, sabar, usaha… belajar utk terima segalanya.. belajar utk jadi seorang yg tabah. Awal mula pertama mula.. mmg sangat sakit… terlalu pedih. Nampak happy… senyum hingga ke telinga tapi dalam hati hanya Dia jua yg tahu.

Kursus kadar bukan kerana nak lari dari masalah.. bukan

cuba

nak berpaling dari hakikat. Bukan nak sembunyikan betapa retaknya hati aku.. ketawa bukan pura-pura utk tutup segala rasa yg aku tanggung. Cuma… aku dah tak larat nak bersedih.

“za curang…..” aku Cuma diam.. puas aku menafikan. Letih aku menidakkan. Selama 4 bulan aku Cuma mampu berdoa segalanya kembali aman bahgia. Kalau dia rasa aku telah memusnahkan segalanya… aku Cuma mampu kata “ Allah hanya menguji kita…”

hari-hari aku berdoa semoga Allah kembalikan my hero yg dulu.. tiap masa aku mohon supaya kami bahgia macam dulu. teringat kata-kata dia..

“tak kira apa keadaan pun za tetap dalam hati abang..” sebab itulah selama 4 bulan ni aku Cuma diam. Tetap senyum.. tetap berxtvt macam org lain. Orang gelak.. aku gelak.. aku tak tahu macam mana nak wat muka sedey.. tak pandai nak tunjukkan kesedihan aku pada org lain… sesekali aku menangis, kerana kesal sbb aku tak pernah jaga hati dia selama 4 tahun lalu.

Seminggu lps abis kursus, aku terus masuk exam.. setelkan semua assignment, quiz dan macam-macam lagi homework.

“ za punca kita putus…za curang..za tak setia…” aku tak kisah berapa hebat dia nak menghina aku.. aku dah tak kisah banyak mana dia benci aku. Tapi, jgn kata aku tak setia.. jgn kata aku curang..

“mmg za curang… mmg za ada org lain.” Geram aku. Aku tak curang dia kata aku curang. Nah, biar aku kata aku curang.. abih cerita. Bukan fed up.. tapi aku dah tak larat nak fikir.

“kalau abg nak putus..putus la..bukan za tak setia, tapi za dah putus harap. Ikut suka hati abg lah..memang za dah ada orang lain. Cukup! ”

Bunyi tepon.. lagu pudar…kat screen terpampang nama “ abang sayang”

Aku Cuma dengar apa dia cakap… mmg semua tu silap aku. Tapi….

“abang sabarlaa… lagi setahun je za nak grade…sabarlah abang”. Itu je yg aku ulang. Aku Cuma harap dia paham.. aku Cuma nak dia tabah hadapi masalah ni.

“ tadi za kata za ada org lain..”

“abih tu za kata , za tak de org lain abg tak abih2 kata za curang ngn jantan lain. Abg nak sangat ker? Kalau abg nak za terima org lain, za leh terima org lain.. nak ker?”

walaupun itu adalah call dia yg kedua selama 4 bulan ni, walupun masih ada bunyi marah..aku tetap rasa senang..seingat aku selama 4 bulan ni dia call aku masa aku nak pi kadar. Tu pun sbb dia berkeras tak izinkan aku pi kadar. Tapi sbb marah aku pi gak kadar.bayangkan lah 4 bulan langsung tak jawab call aku.. tak call aku juga.. sesekali sms itupun sbb nak lepas marah… aku? Aku Cuma larat berdoa semua nya akan reda..

Sbb apa keadaan pun aku tetap bersama dia.. sebenci mana pun dia, segala tuduhan, sikit pun aku tak simpan dalam hati.. aku cukup kenal dia… cukup paham kemarahan dia.. pernah kami janji “ kalau abg marah, Yang kena diam.. kalau Yang marah abg kena diam..sbb, kalau dua-dua marah sampai bila pun kita tak dapat berbaik”

4 bulan aku Cuma diamkan… tahan segala nya… mmg salah akupun. Jauh di sudut hati aku.. aku harap… My hero akan pulang.

Hari ni.. doa.. harapan.. nampak bersinar. Walaupun marah dia belum reda tapi aku percaya macam dia pernah kata dulu “abg percaya za utk abang..” dan sbb itu aku Cuma bertahan dan terus bertahan.

Walupun masih ada marah yg belum reda tapi ade tanda-tanda kami akan berbaik dan sebahgia dulu. hadapi susah senang sama-sama. Itu janji kami..

“trak xcident.. mati sorg..” aku

cuba

ubah topic tengahari tu.

“ader org tak dlm trak tu?”

“ada laa.. org jaga brg2…”

“kenapa za tak naik trak yg org lain naik..? kenapa naik trak yg ade barang2?”

“eh..suka hati za lah..za nak naik trak mana..!”

“mana leh suka hati.. yg pi naik trak tu wat pe? Naik lah trak yg org lain naik..kalau jadi apa2?”

“ erm.. za naik trak lain lah.. bila lak za kata za naik trak barang tu.. za dah sampai kem pon masa trak tu xcident” erm.. sayang lagi abang kat za…

utk abang…. Za minta maaf sbb dah banyak susahkan abang.. banyak buat abang kecik ati. Selalu tuduh abang yg bukan-bukan.. za sikit pon tak kecik ati dgn apa yg berlaku selama 4 bulan ni. Mmg za patut rasakan semua ni. Sbb mmg za salah… tapi, za nak abg tahu..bukan za tak hargai abg… bukan za tak setia.. bukan za tak sayang abang… tapi, za perlukan masa… za perlukan abang sentiasa disisi za. Jauh mana abg pergi za tetap tunggu… banyak mana abg benci.. za tetap sayang… banyak mana abang tuduh za.. za tetap sabar…

percayalah… Allah menguji hambanya bukan sbb dia nak beri kita bala bencana.. tapi sbb Dia tahu kita larat pikul. Sbb Dia nak kita sabar dan hadapi semua ni. Jangan ingat org yg tak diuji itu Allah sayang… tapi abg kena tahu, selain kesusahann, Allah juga uji hambanya dengan nikmat kesenangan.. kita harus bersyukur dgn apa yg ada.. harus lalui semua dgn reda.

Abang… percayalah, apa pun jadi pada kita….. za tetap sama. Za diam bukan za mngiyakan segala tuduhan… za senyum bukan beerti za tak sedih.. tapi, za tak mahu jadi lemah!! Za tak mahu kalah! Za tak mahu kita saling menyalahkan… za tak mahu bazirkan airmata lagi. za tak mahu abg hilang rasa sabar… za tak hau abang jadi pemarah. Za nak my hero yg dulu…. za nak Noor Yahya yg za kenal 4 tahun dulu..

Kalaupun kita tak dapat sebahgia dulu..kalau kita tak dijodohkan bersama… za Cuma nak abang tahu za sayang abang… za masih sayangkan hubungan dan ikatan kita.

Tanya pada diri… apa yg kita nak.. apa yg kita cari..apa yg kita kejar… percayalah..setiap masalah pasti ada jalan keluar…soalnya, macam mana kita hadapi segala ni…

Abang…. Jangan pergi…



No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>