aku tetap setia..
3 minggu aku cuti tak gi klas. then my lecturer lak cuti pi balik England. so, utk subject research method aku cuma sempat datang 2x je klas termasuk hari ni. tapi, aku harap everything okey… la ni aku cuma ade diri semdirik utk jadi sgt bersemangat. two weeks ago.. aku pi klas just sarung jeans ngn t-shirt je. tak de masa nak melaram… malas nak iron baju kurung.. lagipun muka itam ni. nak pakai apa pon tak suit. pagi ni.. aku rasa dah okey sikit.. itam pon dah kurang. so, ade lah nafsu nak pakai kebaya itam bungan kuning… ekekkekee..bersiap awal. ingta nak gi breakfast dulu kat cafe.. tapi, pagi ni dapat satu call.
-abang khairul- on the screen. jam kul 830.. klas kul 9. sementara tunggu ella mai bilik utk gi klas. aku borak lah dulu ngn bro. khairul yg dulu banyak bagi kenangan kat aku. macam-macam cerita pagi-pagi ni. but then….
"za, abg tanya sikit boleh? tapi za jangan marah tau…"
"erm..tanya lah dulu. baru tahu za marah ke tak.." diam.. then dia tanya.
"macam mana za ngn yahya? dah okey..?" aku lak diam. aku tak tahu apa jawapan yg paling ikhlas nak jawab.
"entahlah bang… za serahkan pada dia jer. last monday dia ada call.nampak dia dah okey sikit. tapi, tak tahulah… terpulanglah pada dia." akhirnya itu je jawapan yg leh aku bagi.
"za… pikir baik-baik… pasangan kita is a place or sumone to talk to.. share everything.. bermanja. tapi, kalau macam ni…"
"dah lah bang… biarlah. pada za dia dah cukup dewasa nak pikirv semuanya. apa yg baik dan buruk.. kadang-kadang za rasa tak sanggup nak ingat. tak larat nak pikir lagi."
"za sayang dia lagi..??"
"bukan za tak sayang… tapi za macam dah lali idup sorang. buat semua perkara sorg-sorg… merajuk, pujuk diri sendiri. nak nangis pun za pujuk diri sendiri. kalau tanya perasaan za pada dia.. mustahil za tak sayang… 4 tahun bang…"
"za… 4 tahun.. za tanya dia. dulu awex abg dak cina tu berapa tahun.. tapi jadi cam ner last nya?"
"itu lain.. abang lelaki.."
"abang tak nak za susah hati dan asek nak bersedih je..abang tahu za kuat. abg tak nak za tak tahu bezakan sayang ngn rasa bersalah.. kalau sebelum kawin macam ni dia layan za. lepas kawin nanti…?"
"dah lah abang…. za kenal dia.." kenapa aku nak pertahankan dia je ni? come on epi.. be strong.. jgn peduli apa org lain kata.. its ur life.
erm.. apapun thanx a lot bang… sbb banyak bagi za moral support sepanjang tahun 2006 ni. tapi, ia tak dapat mengubah banyak perkara. semua orang ade masalah masing-masing. kalau pon hari ni mereka gembira.. esok lusa mereka akan hadapi kesusahan yg sama juga. za paham masalah abang.. lebih berat.. dan za sangat-sangat happy to know both of u yg tabah.. (mungkin..)
"kalau za tak percaya … za leh call wife abang.."
"tak de pompuan dalam dunia ni yg sanggup bermadu bang.. kalau dia kata setuju pon. hati dia tak de saper tahu."
"wife abang lain za.. dia tak kisah asalkan ikut cara yg betul. tak malukan keluarga." banyak hal yg abang khairul tak berselindung ngn aku… masih tak berubah.
"bang… za pon pernah cakap kat yahya kalau dia nak kahwin lain itu hak dia. ikut cara yg betul.. tapi, dalam hati ni tersentuh juga bang.."
"za tahukan masalah wife abang…. setahun dua ni… " aku tak sanggup nak dengar. pada aku dia dah macam abang sendiri.. terima kasih atas perhatian dia. aku seronok dengan gurauan dia. tapi, cukuplah… biarlah semua tu jadi gurauan.. aku akan tetap anggap semua tu gurauan.
apa yg berlaku.. buat aku makin teruja nak pi jepun utk sambung blajar. tokyo university.. school of law and policy… tapi, layak ker? ahh tak kira… nak pi gak..
aku mmg bersalah… tapi, aku sentiasa sedia utk betulkan kesilapan tu. cuma kadang-kadang… kesedihan yg terlampau tu buat aku tak sanggup lagi nak pikir. berdiam… dan hanya mampu mengiyakan setiap tuduhan. tak mahu meminta-minta lagi kepercayaan yg dah hilang… tak dapat berharap juga keserasian selama 4 tahun ni kembali mesra macam dulu. aku dah tak biasa…
tapi..aku tetap berharap segala akan pulih.. aku akan terus doa semoga Allah kuatkan semangat aku… cuma diri aku sendiri yg dapat membantu.