:: The True STORY of STOLEN HEART ::

yesterday… you secretly stole my heart.. Today…. I knew i have found the happiness that i so desire i’m grateful that u chose such a perfect thing to symbolize our perfect love. what is better place than this to share about our love from the first time we met…. Here the story of Bucuk & Musyuk…

aku tetap setia..

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 10:31 pm on Tuesday, May 30, 2006

3 minggu aku cuti tak gi klas. then my lecturer lak cuti pi balik England. so, utk subject research method aku cuma sempat datang 2x je klas termasuk hari ni. tapi, aku harap everything okey… la ni aku cuma ade diri semdirik utk jadi sgt bersemangat. two weeks ago.. aku pi klas just sarung jeans ngn t-shirt je. tak de masa nak melaram… malas nak iron baju kurung.. lagipun muka itam ni. nak pakai apa pon tak suit. pagi ni.. aku rasa dah okey sikit.. itam pon dah kurang. so, ade lah nafsu nak pakai kebaya itam bungan kuning… ekekkekee..bersiap awal. ingta nak gi breakfast dulu kat cafe.. tapi, pagi ni dapat satu call.

-abang khairul- on the screen. jam kul 830.. klas kul 9. sementara tunggu ella mai bilik utk gi klas. aku borak lah dulu ngn bro. khairul yg dulu banyak bagi kenangan kat aku. macam-macam cerita pagi-pagi ni. but then….

"za, abg tanya sikit boleh? tapi za jangan marah tau…"
"erm..tanya lah dulu. baru tahu za marah ke tak.." diam.. then dia tanya.

"macam mana za ngn yahya? dah okey..?" aku lak diam. aku tak tahu apa jawapan yg paling ikhlas nak jawab.

"entahlah bang… za serahkan pada dia jer. last monday dia ada call.nampak dia dah okey sikit. tapi, tak tahulah… terpulanglah pada dia." akhirnya itu je jawapan yg leh aku bagi.

"za… pikir baik-baik… pasangan kita is a place or sumone to talk to.. share everything.. bermanja. tapi, kalau macam ni…"

"dah lah bang… biarlah. pada za dia dah cukup dewasa nak pikirv semuanya. apa yg baik dan buruk.. kadang-kadang za rasa tak sanggup nak ingat. tak larat nak pikir lagi."

"za sayang dia lagi..??"

"bukan za tak sayang… tapi za macam dah lali idup sorang. buat semua perkara sorg-sorg… merajuk, pujuk diri sendiri. nak nangis pun za pujuk diri sendiri. kalau tanya perasaan za pada dia.. mustahil za tak sayang… 4 tahun bang…"

"za… 4 tahun.. za tanya dia. dulu awex abg dak cina tu berapa tahun.. tapi jadi cam ner last nya?"

"itu lain.. abang lelaki.."

"abang tak nak za susah hati dan asek nak bersedih je..abang tahu za kuat. abg tak nak za tak tahu bezakan sayang ngn rasa bersalah.. kalau sebelum kawin macam ni dia layan za. lepas kawin nanti…?"

"dah lah abang…. za kenal dia.." kenapa aku nak pertahankan dia je ni? come on epi.. be strong.. jgn peduli apa org lain kata.. its ur life.

erm.. apapun thanx a lot bang… sbb banyak bagi za moral support sepanjang tahun 2006 ni. tapi, ia tak dapat mengubah banyak perkara. semua orang ade masalah masing-masing. kalau pon hari ni mereka gembira.. esok lusa mereka akan hadapi kesusahan yg sama juga. za paham masalah abang.. lebih berat.. dan za sangat-sangat happy to know both of u yg tabah.. (mungkin..)

"kalau za tak percaya … za leh call wife abang.."

"tak de pompuan dalam dunia ni yg sanggup bermadu bang.. kalau dia kata setuju pon. hati dia tak de saper tahu."

"wife abang lain za.. dia tak kisah asalkan ikut cara yg betul. tak malukan keluarga." banyak hal yg abang khairul tak berselindung ngn aku… masih tak berubah.

"bang… za pon pernah cakap kat yahya kalau dia nak kahwin lain itu hak dia. ikut cara yg betul.. tapi, dalam hati ni tersentuh juga bang.."

"za tahukan masalah wife abang…. setahun dua ni… " aku tak sanggup nak dengar. pada aku dia dah macam abang sendiri.. terima kasih atas perhatian dia. aku seronok dengan gurauan dia. tapi, cukuplah… biarlah semua tu jadi gurauan.. aku akan tetap anggap semua tu gurauan.

apa yg berlaku.. buat aku makin teruja nak pi jepun utk sambung blajar. tokyo university.. school of law and policy… tapi, layak ker? ahh tak kira… nak pi gak..

aku mmg bersalah… tapi, aku sentiasa sedia utk betulkan kesilapan tu. cuma kadang-kadang… kesedihan yg terlampau tu buat aku tak sanggup lagi nak pikir. berdiam… dan hanya mampu mengiyakan setiap tuduhan. tak mahu meminta-minta lagi kepercayaan yg dah hilang… tak dapat berharap juga keserasian selama 4 tahun ni kembali mesra macam dulu. aku dah tak biasa…

tapi..aku tetap berharap segala akan pulih.. aku akan terus doa semoga Allah kuatkan semangat aku… cuma diri aku sendiri yg dapat membantu.

my tuesday..

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 9:41 pm on Monday, May 29, 2006

malam tadi aku tidur lewat. siapkan assignment.. akhirnya siap gak. pagi ni ela tak mau gi klas. dia pass je assignment dia kat aku. so, akupon hantar je lah. aku nak ikut die ponteng kals tak leh. sbb aku dah cuti 3 minggu. sedangkan short sem ni ader lebih kurang 8 minggu jer. byk gak kejer aku..

pagi ni.. tetap semangat. naikkan semangat utk diri sendiri. sbb dah janji ngn my hero. "nak buat yg terbaik untuk kita.."

tapi.. kadang-kadang rasa dia macam acuh tak acuh je.. pikir-pikir balik. biarlah.. terpulang pada dia. dia dah cukup dewasa nak hadapi segalanya. cuma aku harap dia tahu menilai dengan sebenar-benar penilaian. aku tak mahu ader sesape yg menyesal di kemudian hari.

"abang yahya u ader kat sini semalam." errmm.. mmg pon my hero pi kelantan semalam. tapi, naper lak faruq tahu? Left Faruq TUDM is one of my best fren la. dulu dia kat TUDM subang. dah 2 tahun jugak dia posting kelantan. tak silap aku nama tempat tu Gong Kedak.

"wat pe depa pi sana? ade majlis apa?"

"lawat tapak projek je.. dan buang masa.." errm.. bunyi cam lain je. tak tanya lak aku projek apa. tapi, sian gak my hero. bukan dekat KL- Kelantan.tapi, nak wat cam ner.. dah itu kejer die.. ikut jelah..

petang ni nak pi taman sri gombak. ader perkara yg nak diuruskan. May Allah bless us.. my hero..

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 8:57 pm on Sunday, May 28, 2006

pagi ni aku bangun awal giler coz this morning i got an exam.. erm.. subject yg aku tak suka.. subject minor dr dept of psychology. tension aku.. tapi terpaksa gak..coz thsi subject is compulsory for kuliyah..

malam tadi tambah sikit semangat coz suddenly my hero called. actually, tak seswai rasanya guan perkataan suddenly.. kalau die mmg masih sayangkan aku.. it is his responsibility utk call aku la.. tanya kabar.. or at least just to say hi.. hopefully, he can express his "rindu gilos kat aku".. hanya die yg tahu..

"abang nak pergi kelantan esok.." erm.. macam dulu..sebelom kami go through all these terrible conflict.. gosh!! he always tell me what he going to do..where he is or..where is he will be.. (betul ke grammer aku ni..) ahh lantak la…

"berapa lama?" erm.. borak lebih kurang.. tapi lama gak..

again.. aku ingat kan dia.. "it is not easy to find the true love.. plss.. do appreciate what we already have…"

selalu aku ulang.. sms.. verbally..or deep in my heart..

"za tak nak berpisah… kalau betul masih ada sayang, apa pun keadaan, apapun masalah pls.. be strong and face all these.. "

lelaki… mmg lafaz sayang tu terlalu mahal untuk diucap..apa lagi perkataan maaf tu terlalu payah utk diluah. ego.. all about "PRIDE!".

tapi.. 4 tahun aku hidup ngn die… cukup paham die. selalu dia ingatkan aku dulu.

"apa yg abg buat..apa yg abang korbankan utk za. itulah bukti sayang abang. even, abg tak ucapkan selalu. tapi abg nak za paham ngn apa yg abang buat utk za.."

speechless… kadang-kadang rasa bersalah. tapi, dah pompuan mmg suka bermanja-manja.. aperpun.. kalau mmg jodoh kita is there… za akan & tetap sayang baby..and ayah baby selamanya…

la ni.. za sendiri rasa tak selesa dan canggung…tak tahu apa nak cakap bila abang call. banyak dia.. sepatah abg tanya.. sepatah za jawab.. rasa tak de apa yg nak cakap. semoga kita leh perbaiki kelemahan masing… dan apa yg za harap.. kita hadapi segalanya sama-sama.

masalah lagi

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 7:55 pm on Friday, May 26, 2006

malam tadi aku dah buat tugas yg my hero amanahkan… walaupun, aku tak dapat lakukan dengan jayanya…

pagi ni, awal pagi aku kuatkan diri bangun.. pergi klinik. macam biasa migrain aku rasa makin teruk.. pi klinik jalan kaki je.. tak larat naik motor sbb sesekali mata aku gelap.. takut naik motor lain lak ceritanya…

sampai klinik aku pesakit ke 2.. so, tak lah lama aku tunggu… kuar klinik ingta nak pi library jap cari bahan assignment. tapi jumap member kat luar lab..borak lebih kurang..aku lepak lab jap check email. tak de pon…

malam semalam abg khairul ada call dr kuching.. tanya kabar.

"isk.. mana pergi ni? sms tidak..miss call tidak..call lagi laa." erk.. aku diam je. tak banyak aku nak cakap. entahlaa..seminggu ni kepala aku agak serabut… pikir pasal mak ayah aku yg dah lama aku tak jenguk, hal aku ngn my hero, hal study aku lagi.. macam-macam dalam otak. tapi aku senyap je.. still wat muka happy.. still leh gelak lagi.. tapi jiwa aku kacau.. otak aku bersimpang siur masalah dunia…

erm.. abih daya.. duduk kat tikar sembahyang.. cuma satu je yg aku pohon.

"ya Allah.. Kau jua yang Maha Mengetahui… aku pohon, tabahkan hatiku.." aku cuma minta semangat aku tak lemah… itu je. biar di hina..biar di uji..biar dugaan silih berganti. aku cuma ingin hadapi dengan tabah…

semoga Allah melindungi ku..

Hanya Pada Mu…

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 2:36 am on Thursday, May 25, 2006

Tuhan jua Maha Mengetahui apa yg terbaik.. betullah org kata kita hanya mampu merancang… kalau Allah kata ia tak mungkin terjadi, tanpa izinNya ia tak mungkin terjadi.

Lama aku tunggu… doa, sabar, usaha… belajar utk terima segalanya.. belajar utk jadi seorang yg tabah. Awal mula pertama mula.. mmg sangat sakit… terlalu pedih. Nampak happy… senyum hingga ke telinga tapi dalam hati hanya Dia jua yg tahu.

Kursus kadar bukan kerana nak lari dari masalah.. bukan

cuba

nak berpaling dari hakikat. Bukan nak sembunyikan betapa retaknya hati aku.. ketawa bukan pura-pura utk tutup segala rasa yg aku tanggung. Cuma… aku dah tak larat nak bersedih.

“za curang…..” aku Cuma diam.. puas aku menafikan. Letih aku menidakkan. Selama 4 bulan aku Cuma mampu berdoa segalanya kembali aman bahgia. Kalau dia rasa aku telah memusnahkan segalanya… aku Cuma mampu kata “ Allah hanya menguji kita…”

hari-hari aku berdoa semoga Allah kembalikan my hero yg dulu.. tiap masa aku mohon supaya kami bahgia macam dulu. teringat kata-kata dia..

“tak kira apa keadaan pun za tetap dalam hati abang..” sebab itulah selama 4 bulan ni aku Cuma diam. Tetap senyum.. tetap berxtvt macam org lain. Orang gelak.. aku gelak.. aku tak tahu macam mana nak wat muka sedey.. tak pandai nak tunjukkan kesedihan aku pada org lain… sesekali aku menangis, kerana kesal sbb aku tak pernah jaga hati dia selama 4 tahun lalu.

Seminggu lps abis kursus, aku terus masuk exam.. setelkan semua assignment, quiz dan macam-macam lagi homework.

“ za punca kita putus…za curang..za tak setia…” aku tak kisah berapa hebat dia nak menghina aku.. aku dah tak kisah banyak mana dia benci aku. Tapi, jgn kata aku tak setia.. jgn kata aku curang..

“mmg za curang… mmg za ada org lain.” Geram aku. Aku tak curang dia kata aku curang. Nah, biar aku kata aku curang.. abih cerita. Bukan fed up.. tapi aku dah tak larat nak fikir.

“kalau abg nak putus..putus la..bukan za tak setia, tapi za dah putus harap. Ikut suka hati abg lah..memang za dah ada orang lain. Cukup! ”

Bunyi tepon.. lagu pudar…kat screen terpampang nama “ abang sayang”

Aku Cuma dengar apa dia cakap… mmg semua tu silap aku. Tapi….

“abang sabarlaa… lagi setahun je za nak grade…sabarlah abang”. Itu je yg aku ulang. Aku Cuma harap dia paham.. aku Cuma nak dia tabah hadapi masalah ni.

“ tadi za kata za ada org lain..”

“abih tu za kata , za tak de org lain abg tak abih2 kata za curang ngn jantan lain. Abg nak sangat ker? Kalau abg nak za terima org lain, za leh terima org lain.. nak ker?”

walaupun itu adalah call dia yg kedua selama 4 bulan ni, walupun masih ada bunyi marah..aku tetap rasa senang..seingat aku selama 4 bulan ni dia call aku masa aku nak pi kadar. Tu pun sbb dia berkeras tak izinkan aku pi kadar. Tapi sbb marah aku pi gak kadar.bayangkan lah 4 bulan langsung tak jawab call aku.. tak call aku juga.. sesekali sms itupun sbb nak lepas marah… aku? Aku Cuma larat berdoa semua nya akan reda..

Sbb apa keadaan pun aku tetap bersama dia.. sebenci mana pun dia, segala tuduhan, sikit pun aku tak simpan dalam hati.. aku cukup kenal dia… cukup paham kemarahan dia.. pernah kami janji “ kalau abg marah, Yang kena diam.. kalau Yang marah abg kena diam..sbb, kalau dua-dua marah sampai bila pun kita tak dapat berbaik”

4 bulan aku Cuma diamkan… tahan segala nya… mmg salah akupun. Jauh di sudut hati aku.. aku harap… My hero akan pulang.

Hari ni.. doa.. harapan.. nampak bersinar. Walaupun marah dia belum reda tapi aku percaya macam dia pernah kata dulu “abg percaya za utk abang..” dan sbb itu aku Cuma bertahan dan terus bertahan.

Walupun masih ada marah yg belum reda tapi ade tanda-tanda kami akan berbaik dan sebahgia dulu. hadapi susah senang sama-sama. Itu janji kami..

“trak xcident.. mati sorg..” aku

cuba

ubah topic tengahari tu.

“ader org tak dlm trak tu?”

“ada laa.. org jaga brg2…”

“kenapa za tak naik trak yg org lain naik..? kenapa naik trak yg ade barang2?”

“eh..suka hati za lah..za nak naik trak mana..!”

“mana leh suka hati.. yg pi naik trak tu wat pe? Naik lah trak yg org lain naik..kalau jadi apa2?”

“ erm.. za naik trak lain lah.. bila lak za kata za naik trak barang tu.. za dah sampai kem pon masa trak tu xcident” erm.. sayang lagi abang kat za…

utk abang…. Za minta maaf sbb dah banyak susahkan abang.. banyak buat abang kecik ati. Selalu tuduh abang yg bukan-bukan.. za sikit pon tak kecik ati dgn apa yg berlaku selama 4 bulan ni. Mmg za patut rasakan semua ni. Sbb mmg za salah… tapi, za nak abg tahu..bukan za tak hargai abg… bukan za tak setia.. bukan za tak sayang abang… tapi, za perlukan masa… za perlukan abang sentiasa disisi za. Jauh mana abg pergi za tetap tunggu… banyak mana abg benci.. za tetap sayang… banyak mana abang tuduh za.. za tetap sabar…

percayalah… Allah menguji hambanya bukan sbb dia nak beri kita bala bencana.. tapi sbb Dia tahu kita larat pikul. Sbb Dia nak kita sabar dan hadapi semua ni. Jangan ingat org yg tak diuji itu Allah sayang… tapi abg kena tahu, selain kesusahann, Allah juga uji hambanya dengan nikmat kesenangan.. kita harus bersyukur dgn apa yg ada.. harus lalui semua dgn reda.

Abang… percayalah, apa pun jadi pada kita….. za tetap sama. Za diam bukan za mngiyakan segala tuduhan… za senyum bukan beerti za tak sedih.. tapi, za tak mahu jadi lemah!! Za tak mahu kalah! Za tak mahu kita saling menyalahkan… za tak mahu bazirkan airmata lagi. za tak mahu abg hilang rasa sabar… za tak hau abang jadi pemarah. Za nak my hero yg dulu…. za nak Noor Yahya yg za kenal 4 tahun dulu..

Kalaupun kita tak dapat sebahgia dulu..kalau kita tak dijodohkan bersama… za Cuma nak abang tahu za sayang abang… za masih sayangkan hubungan dan ikatan kita.

Tanya pada diri… apa yg kita nak.. apa yg kita cari..apa yg kita kejar… percayalah..setiap masalah pasti ada jalan keluar…soalnya, macam mana kita hadapi segala ni…

Abang…. Jangan pergi…

Dugaan itu maha pahit…

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 8:58 pm on Tuesday, May 23, 2006

orang kata kalau kita dah habis berusaha… berdoa ..bertawakallah pada yg Maha Esa… hari ni apa yg aku usaha..apa yg aku yakinkan.. apa yg aku tak pernah henti berdoa dan pohon dari Allah sedikit menunjukkan hasil..

tiap hari aku doa semoga hati My hero sejuk.. tenang dan semoga Allah kembalikan My hero yg dulu.. yg penyabar..rasional dan tabah hadapi segala ujian.

4 tahun bersama.. kami diuji dengan ujian yg maha hebat… hanya Allah je yg tahu betapa beku dan kaku nya hati aku. 4 bulan aku tak jumpa dia.. 4 bulan aku tak tahu kabar berita dia.. telefon tak berjawab.. sms tak berbalas hampir 2 bulan…kami hanya saling menyalahkan.. segala tuduhan aku terima dengan hati yg sabar. pada aku… Allah jua yg Maha Mengetahui.. dan Allah jua yg berhak mengadili segala baik buruknya tingkah aku selama ni.

akhirnya ….

sahabatku..

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 1:40 am on Sunday, May 14, 2006

sebulan aku kursus berkali aku dapat sms dari eliz..kawan yg rapat ngn aku sejak sekolah rendah lagi.. la ni dia dah jadi cikgu kat sekoalh rendah kat kampung aku..dah lama aku tak jumpa memandangkan aku dah dekat 6 bulan tak balik kampung..

"sorry, aku baru abih kursus, tu pasal lambat balas message ko.."

"ko tahu tak huda nak tunang minggu depan?" ahh.. tak tahu aku gembira atau sayu ngn berita tu.. huda is my best fren gak.. pi sekolah sama-sama.. lepak sama..umah dia pon blakag umah aku. cuma lepas dia stpm, dia pi UNIMAS, so jarang dapat jumpa…

dari nada suara elis.. sama macam aku.. sayu je.. satu-satu kawan kami nak jadi hak org lain.. makin hari makin menjauh.. la ni tinggal aku 3 org je struggle dgn study. aritu , ayu dapat 1st baby .. jeles aku.. awe kawin,then lia lak kawin.. pastu anem tunang.. last month mimah lak jadi tunang org.. ni huda lak menyusul.. aku? aku cenggini laa.. main tarik2 tali..

" tapi aku lagi sedih epi.. sbb aku ni sensitif.." sayu ayat elis..

"sabar lah lis.. aku ader." saje nak sejukkan hati. la ni aku terpaksa pikir pasal sekolaha ku je dulu. hal yg lain.. biarlah masa yg tentukan.. aku percaya, kebahagiaan utk aku ade… cuma aku perlu banyak bersabar dgn segala dugaan ni..

yang terjadi tetap terjadi

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 12:55 am on Sunday, May 14, 2006

semalam aku baru je sampai uia. akhirnya.. aku selamat gak mengharungi kursus kadar sebulan kat raub tu.. letih..penat.. tak jadi masalah. cuma muka je lah macam monyet. itam berkilat. ari ni berehat sikit.. esok ader exam..

tapi, aku rasa seronok gak dgn pencapaian team aku.. kami pergi 8 org je dari rej 515. 5 artileri dr klate hantar satu 30 org, leh jadi satu platun. 1 armor lak hantar 4 org lelaki. then selebihnya of coz lah anggota tuan rumah… semua sekali kami 95 org. pompuan cuma ader 26 org je..

tapi akhir kursus rasa sonok sgt ngn pencapaian dr uia merangkap rej 515 punya wakil. wan dapat keseluruhan terbaik.. so dari 95 org dia dapat 1st rank lah.. then intan dapat no 3, aysraf (president kelab wataniah uia )dapat no 4… hehhee.. aku? aku no 5 lah.. erm.. naper tak cayer? jgn pandang aku tak de mata tau? walupun aku org paling tak cukup tinggi dlm kursus tu…tapi aku tetap happy… tak sia-sia aku amik cuti sem 3 selama 3 minggu. byk aku blajar .. yg paling payah pada aku ialah nak keje sama ngn org yg pelik2.

esok aku ader exam.. satu hari ni aku terpaksa struggle cover pelajaran yg aku tinggal selama 3 minggu ni..

balik KL… aku dah janji.. nak hadapi semua dgn sangat tabah… antara aku dan dia.. aku sendiri tak tahu apa sudahnya.. buat masa ni. biar lah macam ni.. aku serahkan semuanya pada Allah.. aku dah tak daya… terpulanglah pada dia..

aku percaya… Allah tahu segala yg berlaku.. Allah sentiasa bersama hambanya yg benar dan bersabar..

kalau ini kesudahannya… aku doakan dia bahgia, dgn cara hidup die… tentang aku. biarlah masa yg tentukan…

…………………….epi rafeeza…………