:: The True STORY of STOLEN HEART ::

yesterday… you secretly stole my heart.. Today…. I knew i have found the happiness that i so desire i’m grateful that u chose such a perfect thing to symbolize our perfect love. what is better place than this to share about our love from the first time we met…. Here the story of Bucuk & Musyuk…

abang..boleh tak..

Filed under: Uncategorized — epifeeza at 5:28 pm on Sunday, February 19, 2006

Abang…boleh tak kita macam dulu kalau keluar mkn kita share telur dadar. Abg bagi Yang udang sbb abg tak mkn udang. Dan Yang bagi semua daging kat nasi goreng Yang pada abang sbb Yang tak mkn daging.

Sayang abang pun nak kita macam dulu abang tolong Yang makan sayur dan Yang habiskan air abang.

Abang.. boleh tak kita macam dulu, sama-sama jogging kat titiwangsa. Setiap round pertama Yang tinggalkan abang. Dan round kedua abg lari sorang sbb Yang dah penat.

Sayang.. abang pun nak kita macam dulu, sbb abang nak lari sama-sama ngn Yang sampai 2 round.

Abang.. boleh tak kita macam dulu. setiap kali pasar malam kita jln sama beli nasi lemak abang, ati ayam goreng dan murtabak feberet abang dan kuew teow goreng Yang.

Sayang.. abang pun nak kita macam dulu, abang nak tengok Yang makan sampai habis tak membazir lagi.

Abang… leh tak kita macam dulu, abang pujuk bila Yang merajuk. Yang sabarkan abang bila abg marah.

Sayang… abang pun nak kita macam dulu nak tengok Yang tak cepat nangis dan tak cepat merajuk.

Abang… boleh tak kita macam dulu susah senang sama-sama. Mudah gaduh..dan cepat juga berbaik

Sayang.. abang pun nak kita macam dulu tapi tak nak gaduh-gaduh. Hadapi semua bersama.

Abang..boleh tak kita macam dulu sama-sama menghargai satu sama lain dan tak saling buruk sangka.

Sayang… abang pun nak kita macam dulu. Yang dalam hati abang..abang dalam hati Yang.

Abang boleh tak kita macam dulu. Yang nak jawab bila abang tanya “abg dah kurus belom?” dan Yang nak abg jawab bila Yang tanya “ tak nak pakai baju kurung boleh?”

Sayang abang pun nak kita macam dulu. tapi tak nak Yang tanya abg  lagi “abang sayang Yang tak”  sbb abg sentiasa sayang Yang.

Abang boleh tak kita macam dulu. Yang tak tambah masalah abang dan abang sentiasa bimbing Yang..

Sayang… abang pun nak kita macam dulu.. sayang paham kerja abang dan abang tunggu Yang habis belajar.

Abang.. boleh tak kita macam dulu.. bila Yang marah abang diam..bila abang marah Yang mengalah..

Sayang… abg pun nak kita macam dulu…tapi tak nak sesape marahkan sesape lagi.

Abang… boleh tak kita macam dulu. Yang bawa kuih mak dari johor dan abang belikan Yang jambu bila balik dari perak.

Sayang… abang pun nak kita macam dulu… tapi abang nak rasa Yang masak untuk abang.

Abang boleh tak kita macam dulu.. Yang tunggu abang kat luar fitting room sbb abg nak try semua seluar dan baju. Dan abang tunggu Yang pilih kasut sbb Yang nak try semua kasut.

Sayang… abang pun nak kita macam dulu. nak tanya Yang “ baju ni smart?” dan nak jawab “kasut tu smart untuk Yang..”

Abang.. boleh tak Yang tunggu abang sampai bila-bila…?

Sayang…boleh tak abang nak sayang Yang sampai bila-bila?

Jika kamu memancing ikan.. setelah ikan itu terlekat di mata kail.. hendaklah kamu mengambil ikan itu.. jangan sesekali kamu lepaskan ia semula.. ke dalam air begitu saja.. kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorg.. setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.. jangan sesekali kamu meninggalkan begitu saja.. kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi ia mengingatimu..

Yang Terindah Hanyalah Sementara    

Setinggi seluas gunung dan lautan
Sejuta harapan dipertaruhkan
Beronak berliku jalan kulalui
Selagi berupaya kuteruskan

Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam
Di dalam keberanian terusik jua perasaan
Tidak hentinya memanjang doa semoga jiwa ini terus tabah

Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara
Yang terpahat di dalam diri hanya kenangan dan nestapa

Tak rela kuturutkan hati
Menyesali apa yang terjadi
Andainya begitu suratan yang tertulis diazali

Biarlah walaupun kusepi
Sedih pedih dikhianati
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalan iniErra Fazira



No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>